Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa dilancar di Wisma Geylang Serai 1 September ini

Jul 13, 2018 | 05:05 PM



MESLESTARIKAN pengunaan bahasa Melayu, kempen Bulan Bahasa 2018 akan dilancarkan di Wisma Geylang Serai - kawasan nadi budaya masyarakat Melayu - pada 1 September ini.



Tahun ini juga merupakan tahun ke-30 kempen oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) diadakan, dengan pelbagai kegiatan melibatkan pelajar, belia dan ibu bapa akan diadakan.



Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, berkata sambutan Bulan Bahasa dibawa ke Geylang Serai bagi menyampaikan satu mesej utama - iaitu pentingnya masyarakat Melayu terus melestarikan penggunaan bahasa Melayu di Singapura.



"Apabila kita menggunakan bahasa Melayu, kita dapat menyampaikan warisan ilmu masyarakat Melayu dengan lebih berkesan.



"Pada masa yang sama, kita dapat menyampaikan budaya unik kita di Singapura. Itulah tugas dan tanggungjawab kita untuk memastikan generasi masa depan dapat mewarisi budaya dan warisan yang dibanggakan oleh masyarakat kita," kata beliau.



Sempena majlis pelancaran pada 1 September nanti, pelbagai program dan kegiatan yang memaparkan penggunaan bahasa Melayu akan dianjurkan.



Ini termasuk persembahan koir oleh sekolah Rendah Wellington yang akan menyanyikan dan melakonkan puisi dan prosa Melayu; pementasan bangsawan oleh Sriwana bertajuk Tajul Ariffin; pertandingan nyanyian Juara Si Cilik oleh Nusantara World Music; dan reruai kegiatan kendalian Sekolah Rendah Admiralty, Sekolah Menengah Orchid Park, Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Sains dan Teknologi Singapura.



Tahun ini, tiga Duta Bahasa juga dilantik - pelakon dan personaliti televisyen, Cik Farhana M Noor; penyanyi dan penulis lagu, Encik Bakti Khair; dan tukang masak selebriti, Encik Shahrizal Salleh atau lebih dikenali sebagai Cef Bob.



Sempena sambutan 30 tahun Bulan Bahasa, lagu tema kempen itu berjudul ‘Bahasa Menjunjung Budaya’ juga akan disusun semula oleh Duta Bahasa, Megat Firdaus, dengan tempo baru.



Seperti tahun-tahun yang lalu, kempen Bulan Bahasa akan dibawa ke estet perumahan, termasuk kawasan baru di Marsiling dan Woodgrove.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >