Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Cabul remaja perempuan di asrama: Bekas pelajar NTU didakwa

May 16, 2023 | 05:30 AM



SEORANG bekas pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah didakwa dengan tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di asrama kampus dalam dua kejadian berasingan pada 2018.



Di hostel yang sama tahun itu, Tnee Chin Kiat dipercayai membayar seorang lagi remaja perempuan berusia 14 tahun bagi sesi mengambil gambar dengan memperagakan pakaian dalam.



Lelaki berusia 30 tahun itu, yang sejak insiden itu telah tamat pengajiannya, didakwa Khamis lalu dengan beberapa tuduhan termasuk mencabul kehormatan dan membayar kanak-kanak untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa kaitan dua remaja itu dengan NTU atau bagaimana kesalahan yang didakwa dilakukan lelaki itu terbongkar.



Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times Jumaat lalu, NTU berkata Tnee lulus dengan ijazah sarjana muda pada 2016 dan ijazah sarjana pada 2020. Universiti itu tidak menyatakan bidang pengajiannya.



"Tiada rekod dakwaan salah laku jenayah atau pertuduhan yang dikenakan terhadapnya semasa dia seorang pelajar di universiti itu.



"Pihak universiti mempunyai pendirian sifar toleransi terhadap salah laku jenayah, dan pelajar yang melakukan kesalahan sedemikian akan dikenakan tindakan disiplin," kata seorang jurucakap NTU.



Selain dakwaan kesalahan di kampus pada 2018, Tnee juga dikatakan menyasarkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada 12 September 2020.



Dia berada di lobi lif di sebuah blok flat di Tampines apabila dia didakwa cuba membayar kanak-kanak itu untuk melakukan perbuatan tidak senonoh dengan memintanya menjadi model dalam sesi mengambil gambar dengan menggayakan pakaian dalam.



Kes Tnee telah ditangguhkan ke 9 Jun.



Bagi setiap pertuduhan mencabul, pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda, dirotan atau kededuanya.



Bagi kesalahan membayar kanak-kanak untuk melakukan perbuatan tidak senonoh, pesalah kali pertama boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >