Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cadangan Grab ambil alih Trans-Cab sedang diteliti: Alvin

Aug 03, 2023 | 06:39 PM



Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sedang meneliti cadangan pengambilalihan Trans-Cab oleh Grab, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, di Parlimen pada Khamis.

Dalam jawapannya kepada soalan yang diajukan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, Encik Tan berkata CCCS telah menerima pemberitahuan Grab mengenai cadangan pengambilalihan itu.

“CCCS akan menilai kesan cadangan pengambilalihan terhadap persaingan dan berunding dengan pihak berkepentingan yang berkaitan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau menambah bahawa rundingan dengan orang awam juga akan dijalankan.

Awal sebelum ini, pada 20 Julai, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Grab, pengendali pengangkutan khidmat kereta sewa peribadi di sini, akan memperoleh pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura, Trans-Cab, menjelang suku keempat 2023.


Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Pemerolehan itu termasuk sekitar 2,200 teksi dan lebih 300 kenderaan sewa persendirian yang dimiliki Trans-Cab, bengkel kenderaan Trans-Cab dan operasi pam minyaknya.

Encik Leong turut bertanya sama ada CCCS akan menilai cadangan pengambilalihan berkenaan amalan antipersaingan.

Beliau juga bertanya sama ada CCCS akan meletakkan perlindungan untuk memastikan Grab tidak merugikan pemandu teksi daripada firma lain selepas pengambilalihan itu dan sama ada ia akan menilai kesan penyatuan industri teksi baru-baru ini terhadap pengguna.

Dalam soalan susulannya, Encik Leong yang merupakan Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP), bertanya sama ada pihak berkuasa telah mengkaji kesan pengambilalihan Grab ke atas perniagaan serantau Uber sebelum ini terhadap tambang, masa menunggu dan pendapatan pemandu teksi dan pemandu kereta sewa.

Beliau juga bertanya sama ada CCCS akan mempertimbangkan sebagai sebahagian daripada penilaiannya, hakikat bahawa Grab sudah menguasai sehingga 75 peratus pasaran perkhidmatan pengangkutan di sini.

Encik Tan berkata beliau tidak dapat mengulas tentang perkara tersebut yang sedang dipertimbangkan.

Sementara itu, Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) berkata sebahagian penduduknya yang terdiri daripada pemandu dan pengguna telah menanyakan kesan pengambilalihan tersebut.

Beliau bertanya sama ada semakan CCCS akan mengkaji kesan pengambilalihan ke atas pasaran gabungan tunggal, atau di peringkat individu sektor teksi dan kereta sewa persendirian.

Dr Tan juga bertanya sama ada CCCS, dalam menilai potensi manfaat ekonomi penggabungan, mempertimbangkan kemungkinan “hasil tiga pihak”.

Ini termasuk faedah kepada pekerja, fungsi pasaran buruh dan kuasa tawar-menawar antara pekerja dengan firma.

Encik Tan berkata untuk menentukan sama ada penggabungan adalah antipersaingan, CCCS akan menilai sama ada ia membawa kepada pengurangan ketara dalam persaingan.

Beliau turut menjemput Anggota Parlimen (AP) dan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam latihan perundingan awam dalam memberi pandangan mereka mengenai cadangan pengambilalihan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >