Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO Second Chance Properties utamakan kebajikan pekerja

Isu berhubung majikan menyediakan ruang duduk untuk pekerja dalam sektor runcit mendapat sorotan baru-baru ini apabila timbul laporan mengenai pekerja runcit yang ketengahkan dasar syarikat yang tidak boleh duduk semasa waktu bekerja. BERITA HARIAN meninjau pandangan para pemerhati dan penganalisis mengenai amalan kerja dalam sektor itu.
Apr 04, 2023 | 05:30 AM



MENJAGA kebajikan pekerja merupakan keutamaan bagi Encik Mohd Salleh Marican, usahawan mapan yang juga merupakan pemilik butik First Lady, di Tanjong Katong Complex.



Memandangkan beliau sudah berbekal pengalaman lebih 40 tahun, antara pengajaran penting beliau pelajari sebagai majikan adalah untuk mengutamakan kebajikan pekerja.



Apabila ditemui oleh Berita Harian baru-baru ini, untuk berbincang mengenai dasar 'pekerja tidak dibenarkan duduk' yang dikemukakan semasa Parlimen pada Februari lalu, Encik Salleh yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Second Chance Properties dengan pantas menjawab bahawa perniagaannya tidak mempunyai dasar sedemikian.



"Jika saya tidak menjaga pekerja dan mungkin menjadi sebab mereka meninggalkan pekerjaan itu, ia akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada saya kerana kekurangan tenaga pekerja.



"Kita perlu bertolak ansur. Jika kami tidak mengenakan sebarang dasar seperti pekerja tidak boleh duduk semasa bekerja, lalu mereka berasa penat, ini juga akan menimbulkan masalah bahawa mereka tidak dapat melayani pelanggan dengan baik," kata Encik Salleh, juga pemilik perniagaan Golden Chance, bersebelahan butik First Lady.



Justeru itu, demi memastikan keselesaan kakitangan, Encik Salleh telah mengekhaskan kawasan rehat bilik stor, di mana pekerja boleh duduk dan makan semasa masa rehat mereka.



Beliau menyediakan tempat duduk dan juga menyediakan dispenser air panas untuk pekerja membuat air.



"Sukar mendapat pekerja yang berdisiplin dan baik sekarang. Jadi, saya juga harus memastikan pekerja saya gembira dengan persekitaran bekerja.



"Sudah tentu jika ada pelanggan dalam kedai, mereka tahu bahawa mereka harus berdiri dan melayan pelanggan. Tapi, kalau tiada pelanggan, pekerja boleh rehat dan duduk, tiada masalah," kongsi pengasas dan presiden Yayasan Salleh Marican, sebuah badan amal tidak mencari untung (NPO).



Namun, Encik Salleh akur bahawa kadang kala jika hampir masa perayaan, butiknya terlalu sibuk dan pekerja pun tidak sempat berehat.



"Ini merupakan perniagaan First Lady yang terakhir di bangunan ini, sebelum berpindah ke City Plaza pada Julai.



"Kami menjangka First Lady akan sibuk dan saya pasti, pekerja juga akan melakukan yang terbaik untuk melayan pelanggan.



"Jika begini, sebagai majikan, kami mengenal pasti tempoh sibuk bekerja sedemikian. Justeru, saya akan berikan ganjaran bagi kerja keras mereka. Mungkin belanjakan juadah berbuka puasa, ataupun berikan komisen tambahan dan sebagainya.



"Kita perlu menjaga kebajikan pekerja, supaya pekerja pun akan kembali datang kerja dan membantu kami," jelas Encik Salleh.



Beliau berkata usaha mendapatkan pekerja sambilan juga satu cabaran yang besar, apatah lagi pekerja sepenuh masa.



Menurutnya juga, jika kerja pekerja kurang memuaskan, beliau akan mengendahkannya sahaja kerana adanya pekerja lebih baik daripada tiada pekerja.



"Sejak pandemik ini, saya perhatikan bahawa ramai pekerja lelaki lebih rela bekerja sebagai penghantar makanan kerana ia dapat menjana lebih berpendapatan dan juga sangat fleksibel. Sebab itu, untuk menarik lebih ramai pekerja, sangat penting untuk menjaga kebajikan mereka supaya mereka juga tertarik dan dapat lihat manfaatnya untuk bekerja di stor runcit," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >