Chee: PAP kurang bijak dalam membuat keputusan perbelanjaan

TIADA pembangkang berkesan di Parlimen untuk memeriksa Parti Tindakan Rakyat (PAP), ujar ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Chee Soon Juan.

Disebabkan itu, PAP "melakukan sesuka hati dan membuat keputusan salah berbahaya tanpa penelitian dan akauntabiliti betul," kata beliau dalam rapat tengah hari di UOB Plaza pada Isnin (7 Sep).

Dr Chee pedas dalam serangannya ke atas PAP bagi apa yang disifatkannya sebagai "kekurangan mengejutkan dalam membuat keputusan" berhubung keutamaannya dalam perbelanjaannya.

Ia "membunyikan semboyan, menabur konfeti dan melakukan aksi cartwheel gimnastik" awal tahun ini, kata Dr Chee, mengenai langkah mengetepikan hampir $4bilion dalam subsidi penjagaan kesihatan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat keputusan "gagal' atau "dipertikai" yang dibuat oleh syarikat dana kekayaan negara GIC dan firma pelaburan negara Temasek Holdings, katanya.

Dr Chee menyebut beberapa contoh, membayangkan wang itu lebih baik digunakan untuk penjagaan kesihatan bagi menangani masalah kekurangan katil hospital.

Temasek, katanya, melabur kira-kira $4 bilion dalam syarikat komoditi Olam International yang "dibebani hutang" tahun lepas. Ia juga memimpin sebuah konsortium untuk membeli konglomerat telekomunikasi Thailang, Shin Corp, pada harga sama pada 2006.

"Pemerintah menuduh (SDP) menyarankan dasar cukai dan belanja, tetapi apa yang mereka lakukan ialah mengambil rizab kita, keluar, dan membuat semua pelaburan yang gagal itu," katanya.

"Inilah keadaan yang kita hadapi apabila tidak ada pembangkang berkesan dalam Parlimen... untuk memeriksa PAP."

Dr Chee, bagaimanapun, mengab aikan sama sekali pelaburan menguntungkan yang dibuat GIC dan Temasek.

Kementerian Kewangan juga telah berkata berkali-kali bahawa pemerintah tidak memainkan peranan dalam keputusan mengenai pelaburan individu yang dibuat dua pertubuhan itu.

Beliau, 53 tahun, mengetuai pasukan SDP menentang PAP di GRC Holland-Bukit Timah.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.