Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cikgu Ariff berpulang

Mar 23, 2016 | 09:35 AM



TOKOH persuratan tersohor negara, Haji Muhammad Ariff Ahmad atau Mas, telah meninggal dunia hari ini pada usia 91 tahun. Pendeta yang lebih mesra dengan panggilan "Cikgu Ariff" merupakan salah seorang pengasas Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) telah menghembuskan nafasnya pada 9 pagi di Hospital Khoo Teck Phuat.



Usaha gigih allahyarham dalam memartabatkan bahasa dan sastera Melayu sejak lebih 50 tahun telah dihargai masyarakat bukan hanya di Singapura tetapi di seluruh pelosok nusantara dan telah dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu yang membawa kepada gelaran Doktor' oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.



Selain nama pena 'Mas, arwah juga dikenali dengan nama pena uga dikenali dengan nama pena M.Arba (1940), P.L.Rajaudang (1940); M.Foerida (1943); Mas (1946); Mas Malaya (1947); Mas Tanjung Malim (1947); Mas Tomo (1947); S.P.10 (1949) dan Minamoria (1984).



Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Pernah belajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar (1933-1937); Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1938-1940); Syonan Nippon Gakuen + Sihan Gakko (1943); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Malaya (1946-1949). Beliau memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1965); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1966); dan Sijil Perguruan SITC, Tanjong Malim, Malaya (1949).



Selepas mengajar beberapa tahun beliau dilantik Pensyarah di Maktab Perguruan di Paterson Road, Singapura.



Cikgu Ariff juga sebelum ini merupakan penerima Anugerah Suluh Budiman UPSI pada 2002. 



Sumbangan besar beliau menyebabkannya menerima pelbagai anugerah termasuk - Jasawan Guru oleh Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) pada 1987; Anugerah Tun Seri Lanang oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada 1993; Bintang Bakti Masyarakat (BBM) oleh Pemerintah pada 2000 dan Pendeta dari Majlis Pusat. 



Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Nemesu Avenue dan kemudiannya akan dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk disembahyang Asar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >