Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas 35kg dadah bernilai $1.7j

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 35 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai hampir $1.7 juta telah dirampas dalam operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 16 dan 17 Mac lalu.



Ini termasuk sekitar 20.5 kilogram ganja, jumlah paling tinggi dalam 14 tahun.



Tiga lelaki Singapura, berusia antara 27 dan 33 tahun, juga ditangkap dalam operasi itu kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah, menurut kenyataan CNB semalam.



Pada petang 16 Mac, pegawai CNB memintas sebuah kenderaan di kawasan Jalan Kempas, dan menemui sebanyak 20 paket mengandungi sekitar 419 gram 'Ice' dan 87 tablet 'Ecstasy' dalam kenderaan itu.



Pegawai CNB menahan pemandu kenderaan itu yang berusia 33 tahun dan penumpangnya yang berusia 27 tahun.



Pemandu itu kemudian dibawa ke rumahnya di kawasan McNair Road.



Di sana, pegawai CNB menemui sebanyak 19 paket yang mengandungi 8.2 kilogram heroin, sekitar 1,000 tablet 'Ecstasy', 20 paket mengandungi 5 kilogram 'Ice', 20.5 kilogram ganja dan 100 tablet Erimin-5 yang dirampas.



Pada malam yang sama, pegawai CNB juga telah mengikut penumpang berusia 27 tahun itu ke kenderaannya yang diletakkan berdekatan rumah pemandu berusia 33 tahun.



Dalam kenderaan tersebut pegawai CNB menemui lebih banyak dadah - 1 kilogram 'Ice', empat tablet 'Ecstasy' dan 900 tablet Erimin-5.



Menyusuli serangan dan tangkapan itu, pada tengah hari kelmarin, pegawai CNB telah menangkap lelaki Singapura berusia 30 tahun yang berada di kawasan McNair Road.



Siasatan terhadap kegiatan dadah dan semua suspek sedang dijalankan.



Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi itu mencukupi untuk digunakan 3,950 penyalahguna heroin, 3,700 penyalahguna 'Ice' dan 2,930 penyalahguna ganja untuk seminggu.



Kejadian terakhir di mana pihak berkuasa membuat rampasan terbesar ganja ialah pada pada April 2007.



Pada tahun itu, pegawai CNB merampas kira-kira 20.6 kilogram ganja dari seorang wanita Zambia dan seorang lelaki Ghana.



Wanita itu telah terbang ke Singapura dengan membawa 14 kilogram dadah dalam bentuk 14 kepingan dalam beg pakaiannya.



Kepingan ganja itu dibalut dengan suratkhabar, pita penutup dan pita hitam.



Lelaki itu, seorang pendatang tanpa izin, pula ditangkap membawa kepingan ganja itu setelah meninggalkan sebuah hotel di Geylang, yang telah dimasuki wanita itu.



Pegawai CNB kemudian menemui ganja seberat 6.6 kilogram di flat yang disewa lelaki itu di Choa Chu Kang.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, pesalah yang didapati secara haram mengedar lebih 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >