Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Culik ibu bos Sheng Siong: Lelaki dihukum penjara seumur hidup, rotan

Dec 01, 2016 | 11:43 AM



EKSEKUTIF jualan Lee Sze Yong dipenjara seumur hidup pada Khamis (1 Dis) selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah menculik ibu bos pasar raya Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, pada Januari 2014.



Dia juga dihukum sebat tiga kali.



Lee, yang bertahun merancang menculik orang kaya di Singapura, tidak menafikan menculik Cik Ng Lye Poh, yang berusia 79 tahun ketika itu.



Dia mengaku membohongi Cik Ng agar memasuki kereta sewanya selepas memberitahu beliau bahawa anaknya terjatuh di pejabat.



Mata Cik Ng kemudian ditutup dan beliau ditahan selama 12 jam.



Lee, 44 tahun, menelefon Encik Lim dan meminta wang tebusan $20 juta tetapi jumlah itu dirundingkan dan diturunkan kepada $2 juta.



Cik Ng dibebaskan selepas Encik Lim meletak beg berisi wang itu di Sembawang Park. Lee ditangkap di Ang Mo Kio sejurus selepas itu dan dia membawa polis ke semak tempat dia membuang beg tersebut.



Walaupun mengaku melakukan penculikan itu, dia berselisih mengenai isu mental kesalahan tersebut.



Lee menegaskan di mahkamah dia akan membebaskan Cik Ng, yang menghidap kencing manis, pada malam itu sekalipun jika wang tebusan tidak diberi.



Semasa perbicaraan, Lee mengakui dia memaksa rakan yang juga bekas pasangan seksnya, Heng Chen Boon, membantunya dengan bertukar kereta dan menjaga Cik Ng dengan mengancam dia akan mendedahkan hubungan mereka.



Encik Heng, 52 tahun, yang telah menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana membantu Lee menculik Cik Ng, menjadi saksi pendakwaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >