Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Daerah Tasik Jurong jadi model tempat tinggal dan kerja mampan

Jun 22, 2023 | 08:11 PM



Mereka yang bakal tinggal di Daerah Tasik Jurong (JLD) boleh menjangkakan tempat perumahan yang terletak dekat dengan tempat kerja menjadikannya sebuah daerah berbilang guna dilengkapi pelbagai ciri alam semula jadi, kawasan perairan dengan taman-taman dan tempat beriadah.

Kali pertama diumumkan dalam Pelan Induk 2008, kawasan seluas 410 hektar itu bakal menjadi sebuah model daerah mampan dan daerah perniagaan berbilang guna terbesar di luar pusat bandar Singapura apabila ia siap sepenuhnya pada masa mendatang.

Sebahagian rancangan kemajuan JLD itu, tiga plot tanah berasingan merangkumi 6.5 hektar telah dilancarkan bagi bidaan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada petang Khamis.

Ia adalah sebahagian kawasan seluas 120 hektar baru yang akan menawarkan beberapa kemudahan penting seperti tempat kerja bermutu tinggi, pilihan perumahan menarik, ciri-ciri alam semula jadi dan ruang umum dilengkapi tarikan seperti Tasik Jurong, Pusat Sains Singapura dan tempat bersejarah Jurong Town Hall.

Antara lain, kawasan perumahan di JLD akan dilengkapi laluan berbasikal dan berjalan kaki serta pengangkutan awam agar penduduk dapat pergi ke kerja dan pulang ke rumah dalam jangka masa pendek atau dipanggil “kejiranan 10 minit.”

Apabila siap sepenuhnya dalam sekitar 10 hingga 15 tahun, projek itu berupaya menyediakan lebih 1,700 unit rumah, lebih 146,000 meter persegi ruang tempat kerja dan 73,000 meter persegi keluasan lantai kasar penggunaan lain seperti kemudahan beriadah, runcit, hiburan, hotel dan ruang masyarakat.

Ini termasuk kemudahan lain bagi memenuhi keperluan penduduk dan perniagaan seperti tajaka, pusat penjaja dan prasarana mampan lain.

Pada masa yang sama, lebih 40 peratus daerah itu diperuntukkan bagi taman, ciri alam semula jadi dan kawasan perairan.

Ia juga mempunyai sebuah “tulang belakang” dilengkapi ciri hijau dan alam semula jadi untuk menghubungkan kawasan kejiranan di sekitar JLD ke Tasik Jurong.








Ketika ditanya media pada Khamis mengenai apa yang boleh dijangkakan penduduk yang bakal tinggal di kawasan itu pada masa mendatang, pengarah kumpulan URA bagi perancangan fizikal, Cik Yvonne Lim, berkata:

“Jika anda tinggal di situ, anda boleh pergi ke kerja dari rumah dalam 10 minit. Anda hanya perlu turun ke bawah untuk pergi ke taman, atau menghantar anak anda ke tajaka, dan jika anda mempunyai gaya hidup sihat dan ingin bersenam, anda boleh mulakan perjalanan anda dari taman terdekat untuk pergi ke Tasik Jurong yang tidak jauh dari situ.”

“Kesemua ini ditawarkan bagi menyenangkan penduduk,” tambahnya.

Dari sudut perniagaan dan pekerjaan pula, JLD akan dihubungkan dengan empat laluan MRT apabila ia siap sepenuhnya iaitu: laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) menerusi Stesen Jurong East, Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Laluan Rentas Pulau (CRL).







Cik Lim berkata JLD juga terletak dekat dengan beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) yang bakal menawarkan sokongan penyelidikan kepada perniagaan yang berpejabat di kawasan itu.

Penjualan plot-plot tanah itu dilakukan menerusi pendekatan pemaju induk agar pemaju itu akan dapat merancang secara menyeluruh tapak tersebut supaya dapat “menyepadukan pelbagai kegunaan, menyelaras pelaksanaan pembangunan dan menggunakan huraian bandaran di peringkat daerah.”

Dalam kenyataannya, URA berkata antara huraian yang boleh dilaksanakan di peringkat daerah di kawasan itu adalah sistem penyejuk daerah dan sebuah sistem pengumpulan sampah automatik, atau Pneumatic Waste Conveyance System (DPWCS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >