Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor didenda cuba tukar tempat duduk dek pandu lepas minum bir

Oct 20, 2023 | 06:03 PM



Gara-gara ingin mengelak tangkapan, seorang doktor yang memandu kereta selepas minum bir cuba menukar tempat duduk dengan penumpangnya apabila dia ternampak sekatan jalan raya polis.

Penumpang itu, bagaimanapun, enggan berbuat demikian.

Doktor itu, Nah Kwang Meng, yang berkhidmat di Dr Nah & Lee Family Clinic di Woodlands, pada mulanya gagal dalam ujian alat pernafasan selepas dia keluar dari keretanya.

Bagaimanapun, dia kemudian didapati mempunyai 32 mikrogram (mcg) alkohol dalam setiap 100ml nafas – di bawah had yang ditetapkan undang-undang, iaitu 35mcg, lapor the Straits Times.


Walaupun dia tidak memandu dalam keadaan mabuk, Nah, 41 tahun, didenda $4,000 pada Jumaat selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan cuba melakukan perbuatan yang boleh merosakkan proses keadilan.

Penolong Pendakwa Raya (DPP) Chye Jer Yuan memberitahu mahkamah bahawa sebelum memandu pada 14 Julai 2022, Nah makan malam dan minum sekitar tiga hingga empat gelas bir.

Dia sedang memandu di Sophia Road menuju ke Upper Wilkie Road sejurus sebelum 11.30 malam apabila dia ternampak sekatan jalan raya polis.

Pendakwa raya berkata tertuduh kemudian meminta penumpang di tempat duduk hadapan menukar tempat duduk dengannya, supaya dia tidak dilihat sebagai pemandu kereta itu di sekatan jalan raya.

“Dia percaya dia akan gagal dalam ujian alat pernafasan alkohol dan akan ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk jika polis tahu dia adalah pemandunya,” ujar beliau.

Seorang pegawai Polis Trafik mendekati Nah apabila dia melangkah keluar dari kereta.

Doktor itu ditahan selepas gagal dalam ujian alat pernafasan. Namun, satu lagi ujian dijalankan dan jumlah alkohol dalam nafasnya kemudian berada di bawah had yang dibenarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >