Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Doktor dipenjara pandu cuai sebabkan cedera parah

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG doktor tidak bersikap telilti ketika memandu kereta di Tampines Avenue 12 pada 8 Oktober 2019, dan tidak memberi jalan kepada sebuah lagi kenderaan yang mempunyai hak laluan di simpang trafik.



Ernest Fu Weizhong tidak berhenti di garisan putih sebelum membelok kanan ke Ekspreswe Tampines (TPE) dan ini menyebabkan kemalangan antara kenderaannya dan kereta yang dipandu oleh Encik Soon Jin Joke.



Pada waktu itu dia memandu pada kelajuan hingga 76 kilometer sejam (kmh) sebelum terpaksa menekan brek. Had laju jalan itu ialah 60 kmh.



Ibu Encik Soon, Cik Heng Fong Boey, 96 tahun, yang tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa duduk di bahagian belakang kereta anaknya, mengalami kecederaan serius di kepala.



Empat hari selepas kemalangan itu, beliau meninggal dunia, lapor The Straits Times.



Semalam, Fu, kini 39 tahun, dijatuhi hukuman penjara seminggu selepas mengaku bersalah atas menyebabkan kecederaan parah dan memandu secara cuai.



Dia dilarang memegang lesen semua kelas kenderaan selama dua tahun dari tarikh dia dibebaskan dari penjara.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apakah pihak berkuasa telah mengambil sebarang tindakan terhadap Encik Soon.



Carian dalam talian mengenai profesional kesihatan penjagaan yang didaftar di Singapura menunjukkan bahawa Fu adalah daripada Jabatan Otorhinolaryngology - kepakaran perubatan yang menangani keadaan telinga, hidung dan te kak - di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Laman hospital itu menyatakan bahawa dia seorang konsultan dan minat dalam bahagian barah kepala serta leher.



Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah kerana memandu secara cuai, pesalah boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >