Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong bertemu Sultan Brunei, perluas kerjasama S’pura-Brunei

Jan 19, 2023 | 11:42 PM



TIMBALAN  Perdana Menteri Encik Lawrence Wong bertemu Sultan Brunei Hassanal Bolkiah pada Khamis (19 Jan) di Brunei sempena lawatan rasmi beliau ke sana.



Selain itu, Encik Wong, yang juga  Menteri Kewangan, juga bertemu Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah



Dalam catatannya di Facebook malam Khamis, Encik Wong berkata kedua-dua negara mengesahkan hubungan mereka serta bersetuju memperluas kerjasama dalam beberapa bidang termasuk pendidikan dan peluang pekerjaan luar negara bagi kakitangan awam.



Beliau berkata Singapura dan Brunei mempunyai hubungan lama yang melangkaui zaman kemerdekaan kedua-dua negara itu.



“Sebagai dua negara paling kecil dalam Asean, kami bekerjasama dengan rapat untuk membantu antara satu sama lain, dan memperkukuh daya ketahanan kami dalam dunia yang dipenuhi ketidaktentuan,” katanya sambil menambah kerjasama itulah yang membuat kedua-dua negara bangkit semula dari pandemik.



“Sebab itulah saya memilih Brunei negara lawatan kerja saya yang pertama bagi 2023 - untuk menegaskan semula hubungan itu dan memperluas kerjasama dalam bidang baru seperti pendidikan, peluang tempat kerja di luar negara bagi kakitangan awam, daya ketahanan rantaian bekalan dan ekonomi hijau,” kata beliau lagi.



Ini merupakan lawatan pertama Encik Wong dalam jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berlangsung dua hari dari Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >