Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua anak mantan Presiden Ong Teng Cheong hurai pertikaian mengenai niaga seni bina

ong
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



DUA anak lelaki mantan presiden, Encik Ong Teng Cheong, telah menghuraikan pertikaian mereka berhubung perniagaan seni bina yang diasaskan oleh ibu bapa mereka, kurang enam bulan selepas anak lelaki sulung, Encik Ong Tze Guan, menyaman adik lelakinya, Encik Ong Tze Boon, dan enam pemegang saham lain.



Dalam samannya yang difailkan pada 30 April lalu, Encik Ong Tze Guan, 55 tahun, mendakwa bahawa 28.45 peratus pegangan sahamnya dalam Ong&Ong Holdings telah diperoleh oleh defendan pada nilai yang rendah.



Beliau juga telah menyarankan untuk menjual sahamnya pada harga $5.4 juta, tetapi sahamnya telah dipindahkan kepada pemegang saham lain dengan harga $1.65 juta, berdasarkan penilaian oleh juruaudit syarikat.



Beliau mahu Mahkamah Tinggi mengetepikan penilaian tersebut dan mengarahkan defendan agar membeli sahamnya, sama ada pada harga yang dipersetujui atau pada harga yang ditetapkan oleh pakar bebas.



Dalam pembelaan mereka, Encik Ong Tze Boon, 53 tahun, dan pemegang saham lain berkata mereka telah bertindak mengikut prosedur syarikat.



Encik Ong Tze Boon, yang memiliki 70.43 peratus saham syarikat itu, membuat tuntutan balas terhadap Encik Ong Tze Guan kerana memfitnah dan mendapatkan semula pinjaman tertunggak.



Semalam, Encik Ong Tze Guan berkata kepada The Straits Times (ST) bahawa perkara itu telah diselesaikan melalui perantaraan.



Syarat penyelesaian adalah rahsia.



Encik Ong Tze Guan, yang tidak terlibat secara aktif dalam operasi kumpulan syarikat Ong&Ong ialah pengerusi syarikat rawatan air H2MO.



Beliau berkata dalam e-mel: "Saya sentiasa berhasrat untuk menyelesaikan pertikaian kami secara baik dari awal dan gembira kami berjaya mencapai penyelesaian bersama melalui perantaraan.



"Setelah mencapai penyelesaian yang adil, saya berasa tenang dengan penutupan perihal ini antara saya dan adik saya.



"Saya sedar bahawa ini hanyalah permulaan dalam perjalanan kami untuk memulihkan hubungan persaudaraan kami. Saya akan terus menyokong adik saya sedang kami bergerak ke hadapan, mengikut kehendak ibu bapa kami."



Hingga petang semalam, Encik Ong Tze Boon, seorang jurubina yang juga pengerusi eksekutif Ong&Ong group, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, lapor ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >