Dua ditangkap kerana gagal berhenti di Pusat Pemeriksaan Woodlands

DUA pemandu telah ditangkap kerana gagal berhenti menjalani pemeriksaan imigresen dalam dua kes berasingan.

Kes pertama melibatkan seorang pemandu wanita warga Malaysia berusia 34 tahun.

Dia telah mengekori sebuah kereta di hadapannya di Pusat Pemeriksaan Woodlands tetapi gagal berhenti untuk menjalani pemeriksaan imigresen.

Kejadian tersebut berlaku sekitar 5.10 pagi tadi.

Kereta Malaysia itu kemudian segera dikunci pergerakannya selepas seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengaktifkan isyarat kecemasan.

Para pegawai ICA memintas keretanya di Zon Ketibaan Kereta dalam pusat pemeriksaan tersebut.

Apabila diminta supaya enjinnya dimatikan dan membuka keretanya, pemandu wanita itu enggan mematuhi arahan.

ICA terpaksa memecah kededua tingkap depan dan tingkap belakang penumpang untuk memaksa pemandu itu keluar dari keretanya.

Wanita berkenaan yang mempunyai dokumen perjalanan yang telah tamat lalu ditangkap.

Dalam satu lagi kes ekitar 3.50 pagi semalam, seorang lelaki penduduk tetap warga Malaysia berusia 41 tahun juga ditangkap kerana kesalahan yang sama.

Kejadian tersebut juga di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.