Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua guru JC terima Anugerah Guru Ekonomi Cemerlang sulung

Oct 27, 2016 | 11:51 AM



GURU Ekonomi dari tujuh maktab rendah dirai pada Khamis (27 Okt) dalam majlis penyampaian Anugerah Guru Ekonomi Cemerlang pertama di Singapura.



Sebanyak 130 pencalonan diterima bagi 33 guru, dan dua guru dipilih sebagai pemenang keseluruhan kerana menunjukkan kecemerlangan dalam bidang mereka.



Cik Deborah How, ketua sastera di Hwa Chong Institution, dipuji kerana keupayaannya membuat idea, walau yang paling rumit sekalipun, jelas nyata dan mudah difahami pelajar, dan memberangsang mereka untuk belajar.



Cik Rahimah Salim, guru ekonomi utama di Maktab Rendah Anglo-Chinese, dipuji kerana kesedaran tingginya tentang gaya pembelajaran pelajar yang sentiasa berubah, dan membimbing rakan guru menggunakan gaya mengajar secara seminar untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif.



"Bagi saya, belajar dalam sembarang konteks haruslah bermakna, ia mestilah sesuatu yang pelajar boleh kaitkan. Jadi apabila kos obesiti menjadi berita, saya membawanya ke dalam kuliah dan tutorial saya, kerana ada asas ekonomi di sana," kata beliau, yang telah mengajar di maktab rendah itu selama 32 tahun.



Lima finalis lain turut diiktiraf bagi sumbangan mereka kepada pengajaran.



Mereka ialah Encik Richard Bong dari Nanyang JC; Cik Chua Siew Hong dari Jurong JC; Cik Saadiah Abdullah dari Serangoon JC; Cik Tan Dai Hwee daripada Anderson JC; dan Encik Tan Kay Song dari Sekolah Tinggi River Valley.



Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng, menyampaikan anugerah itu, yang dilancarkan oleh Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) pada Ogos lalu dengan sokongan Kementerian Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >