Dua kerosakan MRT dalam sehari

PENUMPANG mengalami gangguan dalam dua kerosakan berasingan MRT di Laluan Utara-Selatan dan Utara Timur pada Khamis (21 Apr).

Di Laluan Utara-Selatan (NSL), sebuah lokomotif penyenggaraan yang terhenti di stesen Raffles Place menghentikan perkhidmatan kereta api arah ke utara antara Marina South Pier dan Newton, dari permulaan perkhidmatan hingga kira-kira 6.50 pagi.

Sejurus selepas 11 pagi, kerosakan kuasa mengganggu perkhidmatan kereta api antara stesen Outram Park dan Farrer Park di Laluan Utara Timur (NEL) kira-kira 40 minit.

Jurucakap SMRT, Encik Patrick Nathan, berkata perkhidmatan NSL arah ke Jurong East terjejas sedang kakitangan kejuruteraan bekerja untuk menggerakkan lokomotif yang terhenti itu, yang menghalang kereta api dari utara melalui bahagian lapan stesen laluan tersebut.

Beliau berkata kereta api penumpang diaktifkan untuk menarik lokomotif tersebut ke Depot Bishan, dan SMRT sedang menyiasat mengapa ia terhenti. Beliau juga memohon maaf kepada mereka yang terjejas oleh gangguan kira-kira sejam itu.

Gangguan itu berlaku hanya dua hari selepas Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan menulis dalam pos blog bahawa NSL telah mencapai 100 hari operasi tanpa kelewatan besar. Beliau berkata pencapaian itu sangat memberangsangkan kerana NSL laluan tertua daripada lima laluan MRT Singapura.

SMRT dan SBS Transit, yang menjalankan NEL, mengerahkan perkhidmatan bas ulang-alik dan tidak mengenakan penumpang terjejas tambang bagi perkhidmatan bas biasa antara stesen terjejas.

Jurucakap SBS Transit, Cik Tammy Tan, memohon maaf kepada penumpang terjejas, dan berkata punca kerosakan kuasa itu sedang disiasat.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.