Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pasangan kongsi pengalaman jaga anak titipan

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



PENJAGAAN anak-anak titipan mempunyai pasang dan surutnya, namun ia amat bermakna.



Begitulah sentimen rata-rata ibu bapa titipan yang hadir di seminar keluarga titipan di Enabling Village semalam.



Antara pasangan yang ditemubual Berita Minggu (BM) semalam ialah Encik Imran Mohamed Khamis, 47 tahun, dan Cik Faizah Mohammad, 53 tahun.



Pasangan itu telah mula menjadi ibu bapa titipan pada 2017, setelah melihat rakan Cik Faizah menjadi ibu titipan tiga orang anak.



Kini, pasangan itu menjaga anak titipan berusia empat tahun yang mengalami autisme.



Menurut ibu bapa itu, ini merupakan anak titipan mereka yang kedua, dan mereka telah menjaga anak itu sejak beliau berusia baru dua minggu.



Dengan pengumuman peningkatan elaun penjagaan titipan, pasangan itu amat bersyukur dengan bantuan tambahan yang akan diterima bermula bulan depan. Mereka akan menerima $1,500 sebab anaknya berkeperluan khas.



"Dengan penambahan bayaran ini, ia sudah tentu akan membantu dalam meringankan perbelanjaan bulanan kita," ujar Encik Imran, seorang ahli fisioterapi. Beliau juga ayah seorang anak perempuan berusia 17 tahun.



"Kami amat menghargai elaun yang diberikan namun dengan penjagaan anak titipan lebih-lebih lagi yang lebih memerlukan, terdapat banyak lagi yang harus dibelanjakan.



"Insya-Allah tambahan $400 itu dapat membantu perbelanjaan kami secara keseluruhan. Buat masa ini, elaun itu digunakan untuk perbelanjaan lampin dan formula susu dan mainan-mainan," tambah Cik Faizah, agen hartanah.



Menurut pasangan itu, anak titipannya itu hanya didiagnos dengan autisme pada usia dua tahun. Setelah enam bulan didiagnos autisme, Cik Faizah berkata beliau mendapatkan pembantu rumah untuk membantunya di rumah.



Pasangan itu akur bahawa menjaga anak keperluan khas tidak mudah. Selain wang untuk menampung kos perubatan, tenaga, semangat dan kesabaran sebagai penjaga juga harus diutamakan.



Bagi Encik Imran, beliau akan bermain badminton untuk melepaskan tekanan dan Cik Faizah pula akan berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.



Satu lagi pasangan ibu bapa titipan ialah Encik Mohammad Zaid Mohd Yassin, 40 tahun, dan Cik Siti Mariam Mohd Ismail, 41 tahun.



Mereka telah berkahwin pada 2006 namun belum mendapat cahaya mata. Menjadi ibu bapa titipan ataupun mengambil anak angkat pernah terlintas di fikiran mereka sepanjang itu lalu ia menjadi realiti pada 2019.



Kini mereka adalah ibu bapa titipan dua anak titipan, berusia empat dan lima tahun.



Encik Zaid dan Cik Mariam menerima $1,100 untuk setiap anak titipan.



"Wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan keperluan harian dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mereka.



"Seperti apa yang Encik Masagos katakan, tidak kira apa latar belakang anak itu, ia tidak bermakna anak titipan itu tidak dapat berjaya dalam kehidupan.



"Kami sebagai ibu bapa titipan ingin memberi permulaan hidup yang baik untuk setiap anak," ujar Encik Zaid, seorang pengurus.



Meluahkan antara cabaran yang dihadapi pasangan itu, Cik Mariam, seorang pekerja pentadbiran kajian berkata:



"Setiap anak mempunyai keperluan dan tahap pemahaman yang berlainan. Kita harus cuba bermacam cara dan strategi untuk mereka berasa selesa bersama kami. Hingga hari ini, kami juga masih belajar."



Sejauh ini, pasangan itu ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dua anak titipan mereka itu sebelum membuat keputusan untuk menjaga anak titipan yang ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >