Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu beli $2.5 juta, kini nilai $10 juta

Aset pelaburan badan Melayu/Islam dalam bidang hartanah meningkat
Nov 25, 2015 | 05:31 AM



BEBERAPA pertubuhan Melayu/Islam yang membeli hartanah telah menikmati kenaikan modal hasil pelaburan itu.


Berdasarkan tinjauan Berita Harian (BH), nilai hartanah yang dimiliki pertubuhan itu rata-rata telah melambung berbanding harga belian, lantas memberikan sumber pendapatan baik bagi pertubuhan itu.


Lima unit rumah kedai yang dimiliki syarikat Pergas Investment Holdings Pte Ltd (PIH) di Joo Chiat Road dibeli pada harga $2.5 juta pada 2003 tetapi nilainya kini meningkat mencapai anggaran $10 juta.


Angkatan Karyawan Islam (AMP) telah membeli dua hartanah pejabat pegangan bebas di Bangunan Guthrie di Changi Road pada 1998 pada harga $4.8 juta yang kini meningkat mencapai sekitar $7 juta - satu peningkatan sebanyak 45.8 peratus.


Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah membeli sebuah rumah kedai di No.33 Bussorah Street pada 2003 secara tunai pada harga $400,000 dan hartanah itu kini dianggarkan bernilai $2 juta.


Pengurus Besar PIH, Encik Mohamed Hanif Zakariah, berkata Pergas membentuk PIH 10 tahun lalu untuk meneroka pelaburan hartanah di Pergas tetapi telah meluaskan perniagaan itu kepada khidmat lain.


"Alhamdulillah, kami telah dapat meningkatkan portfolio hartanah untuk membeli aset yang bermanfaat bagi masyarakat.


"Ketika ini, aset itu disewakan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang menyediakan pelbagai khidmat kepada masyarakat.


"Kami ingin menyokong SME dengan menawarkan kadar berdaya saing kepada penyewa kami.


"Oleh itu, kami sanggup menerima pulangan sewa lebih rendah untuk jangka pendek selagi ia memenuhi matlamat kenaikan modal kami bagi tempoh jangka panjang," jelas Encik Hanif.


Lima unit sederet dengan Masjid Khalid di Joo Chiat Road disewakan kepada syarikat termasuk Mohamed Taifoor Motoring (MTM) dan Kafe De'Riya.


AMP pula telah membeli dua hartanah pejabat di tingkat empat Bangunan Guthrie yang kini digunakan oleh anak syarikat AMP, Mercu Learning Point, dan ruang perkongsian syarikat baru, Common Space, yang dikelolakan AMP Muda.


Unit di #04-06 yang mempunyai keluasan 262 meter persegi dibeli pada harga $2.679 juta pada 1988 tetapi kini meningkat kepada $4 juta.


Satu lagi hartanah di unit #04-07 pula dibeli pada harga $2.106 juta dan kini bernilai $3.8 juta.


"Kami membeli dua hartanah itu sebagai pelaburan jangka panjang AMP dengan harapan kami dapat meluaskan operasi di masa hadapan," kata Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohd Anuar Yusop.


Menurut beliau, AMP akan menimbangkan pelaburan hartanah jika ia menguntungkan.


"Paling utama ialah kami menimbangkan hartanah yang mempunyai potensi kenaikan modal dan pulangan sewa yang tinggi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >