Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat warga ditahan di bawah ISA

Aug 19, 2016 | 07:31 PM



EMPAT warga Singapura berusia antara 26 dan 50 tahun telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan.



Rosli Hamzah, 50 tahun, dan Mohamed Omar Mahadi, 33 tahun dikenakan Perintah Tahanan (OD) sementara dua yang lain, Dian Faezah Ismail, 34 tahun dan Mohamad Reiney Noor Mohd, 26 tahun dikenakan Perintah Sekatan (RO) bagi tempoh dua tahun bermula bulan ini.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini, Rosli, seorang pencuci kereta, telah ditahan dibawah ISA Julai tahun ini untuk siasatan setelah dia pulang dari melawat isteri dan anaknya di Batam.



Dia dikatakan terpengaruh dengan apa yang disampaikan tentang ISIS melalui stesen radio agama yang berasas di Batam, Radio Hang dan telah mula menyokong ISIS serta yakin mereka memperjuangkan Islam..



Semasa ditahan, Rosli dikatakan mempunyai keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengganas di Syria.



Seorang lagi, Mohamed Omar dikatakan telah merancang bersama isterinya Dian Faezah Ismail, untuk pergi ke Syria dengan dua orang anak mereka untuk menyertai ISIS.



Omar, seorang pemandu lori sampah telah mendengar stesen radio yang sama dengan Rosli dan juga telah mendapatkan bahan-bahan radikal dalam talian termasuk yang berkaitan dengan ideolog Al-Qaeda Anwar al-Awlaki.



Isterinya, seorang suri rumah, juga yakin kegiatan ganas ISIS betul dan telah membantu Omar merancang untuk berpindah ke Syria.



Seorang lagi yang ditahan merupakan juruteknik bangunan, Mohamad Reiney. Dia dikatakan telah menyokong ISIS setelah melihat bahan-bahan berkaitan ISIS pada 2014.



Walau pada mulanya dia menyimpan keinginan untuk turut serta bersama askar ISIS, namun dia telah mengetepikan niatnya untuk pergi ke Syria setelah ditegur oleh kenalannya.



Memberi respons kepada pertanyaan dari pihak media, Dr Nazirudin Mohd Nasir, Pengarah, Agama dan Pembangunan Dasar di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata:



"Idea-idea pelampau dan eksklusivis boleh diwujudkan dalam pelbagai cara, melalui internet atau gelombang udara.



"Amat penting untuk masyarakat terus berwaspada terhadap bahaya yang ditimbulkan oleh idea-idea ini," katanya.



Beliau menegaskan bahawa tidak pernah ada pengganti kepada rangkaian sokongan pembelajaran yang lebih baik daripada melalui rakan-rakan, keluarga dan guru-guru tempatan yang boleh dipercayai dan yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah.



"Insiden terkini jelas menunjukkan bahaya belajar dari sumber terbuka seperti internet, media sosial, TV atau program radio tanpa seorang guru yang berwibawa sebagai panduan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >