Festival Penulis Amerika dianjur bulan depan

FESTIVAL Penulis Amerika (AWF) akan diadakan lagi di Singapura bulan depan, kali ini ia menampilkan beberapa penulis terkenal termasuk pemenang Hadiah Pulitzer.

Festival tersebut akan diadakan dari 14 hingga 18 September ini di Kolej Yale-NUS dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan acara pembukaan malam berlangsung di Perpustakaan Negara.

Antara acara yang akan diadakan termasuk sesi membaca dan perbincangan dengan penulis-penulis terkenal dari Amerika Syarikat itu.

Ini termasuk novelis dan pemenang Hadiah Pulitzer serta penulis cerita pendek Adam Johnson; penyair Diraja dari Brooklyn Tina Chang; penulis drama dan penulis skrip lakon layar serta finalis Hadiah Pulitzer Rajiv Joseph; penulis pengembara Michael Meyer; dan penulis serta wartawan Nisid Hajari.

Wartawan dan penulis Jon Fasman dan penulis esei  Lisa Wells akan mengacara sesi-sesi panel perbincangan itu.

Menurut satu kenyataan penganjurnya, hadirin sesi-sesi tersebut berpeluang untuk terlibat dalam dialog dengan para penulis moden Amerika itu.

"Festival tersebut akan memberi fokus kepada para penulis Amerika dan hubungan mereka dengan Asia dalam sebuah bandar yang semakin menjadi hab budaya rantau ini.

"Dengan demikian, ia berharap dapat meluaskan kedudukan Singapura sebagai sebuah ibu kota kesusasteraan di Asia Tenggara," kata kenyataan bersama SMU dan Kolej Yale-NUS itu.

Acara-acara dalam festival itu tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi mereka yang berminat untuk menyertainya perlu mendaftar menerusi dalam talian.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar sila kunjungi laman web http://www.americanwritfest.org/.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.