Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma sektor binaan dapat pelepasan 3 bulan lagi bagi kontrak terjejas Covid-19

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT dalam sektor binaan akan mendapat pelepasan daripada tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kontrak binaan dan bekalan selama tiga bulan lagi, umum Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam.



Tempoh pelepasan bagi kontrak binaan, kontrak bekalan atau sembarang bon prestasi sebelum ini dijadualkan tamat hari ini.



Lanjutan tempoh pelepasan itu kepada 31 Disember diumum sedang syarikat dalam sektor binaan terus menghadapi cabaran di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Kos buruh telah meningkat disebabkan sekatan kemasukan pekerja migran dan projek menghadapi penangguhan dek kekurangan pekerja, kata kementerian itu.



"Dalam hal ini, kami akan melanjutkan pelepasan undang-undang sementara berkaitan sektor persekitaran binaan untuk membantu syarikat mengharungi tempoh ini," kata MND.



Langkah-langkah pelepasan itu, yang disediakan di bawah Akta Covid-19 (Langkah-langkah Sementara), diperkenal untuk memastikan tiada segmen syarikat dalam industri itu menanggung perkongsian beban tidak seimbang disebabkan Covid-19.



Pemerintah telah menyediakan bantuan kewangan menerusi pakej sokongan binaan berjumlah $1.36 bilion, sokongan tenaga manusia dan pelepasan perundangan melalui akta itu.



Sektor persekitaran binaan meliputi syarikat dalam segmen binaan, hartanah, khidmat persekitaran dan keselamatan, yang terjejas teruk oleh pandemik ini.



Dengan lanjutan tempoh pelepasan itu, syarikat binaan boleh mendapatkan penangguhan sementara daripada tindakan undang-undang dan penguatkuasaan bagi kontrak binaan atau bekalan, atau sembarang bon prestasi, dengan memberi notifikasi bagi pelepasan menjelang 31 Disember.



Dalam tempoh ini, semua pihak terlibat digalak berunding dan menyelesaikan perbezaan mereka secara baik dan bermanfaat kepada semua pihak, kata MND.



Tempoh bagi pelepasan perkongsian kos, yang dikenakan bagi kos layak bukan tenaga manusia yang timbul akibat tangguhan Covid-19, juga telah dilanjutkan hingga hujung tahun ini.



Butiran lanjut mengenai proses yang diliputi akta itu boleh didapati di laman http://www.mlaw.gov.sg/covid19-relief dan http://go.gov.sg/cotma10a.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >