Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fokus NParks galak pengunjung tambah masa, akiviti di taman

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) memberi tumpuan membina dan mereka bentuk ciri-ciri taman yang akan menggalak pengunjung berada lebih lama atau meningkatkan aktiviti fizikal mereka di sana, menggunakan dapatan daripada satu siri kajian sebagai panduan.



Kajian-kajian itu, yang dijalankan terutama oleh penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS), mendapati lebih lama seseorang berada di taman, lebih besar peningkatan kesejahteraan fizikal dan mentalnya.



Mereka juga mendapati menambah satu ciri estetik, seperti kolam atau kawasan landskap, dapat meningkatkan masa yang diluangkan pengunjung.



JADIKAN TAMAN LEBIH MENARIK



Cik Angelia Sia, Timbalan Pengarah Pusat Kehijauan dan Ekologi Bandar NParks, berkata tempat duduk dan kawasan teduh amat penting bagi menggalak lebih ramai orang kerap ke taman.



Pokok menurunkan suhu permukaan sebanyak 6 darjah Celsius dan suhu persekitaran sebanyak 1 darjah hingga 4 darjah Celsius. NParks menggunakan ini sebagai panduan bukan di taman saja, malah dalam menghijaukan bumbung perumahan dan tempat letak kereta untuk menyejukkannya.



Ia juga mendapati kehijauan meningkatkan pengeluaran panel solar, kerana ia menghalangnya daripada terlalu panas.



GALAK AKTIVITI FIZIKAL



Untuk menggalak lebih banyak aktiviti fizikal bagi semua peringkat umur dan pengguna kerusi roda, NParks akan menambah lebih banyak kemudahan di 400 tamannya.



Ada taman permainan yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kayu, batu dan pasir. Bahan-bahan in mudah diganti, kata Cik Kalthom Latiff, pengarah taman.



"Ia menggalak kreativiti, mengurangkan tekanan dan meningkatkan fungsi kognitif," tambahnya.



Pengguna kerusi roda tidak dilupakan kerana terdapat buaian dan peralatan lain yang boleh menampung kerusi roda.



Taman lebih besar menjalankan aktiviti hampir setiap minggu, daripada seni botani kepada berkebun dan membuat seni daripada tumbuh-tumbuhan.



Terdapat juga "taman peruntukan" di mana dengan bayaran $60 setahun, orang ramai boleh mempunyai tampalan tanah peribadi bersaiz 1 meter kali 2.5 meter untuk menanam apa yang mereka mahu.



TUJU KE ARAH SEMULA JADI



Meniru alam semula jadi menyenangkan mata saja dan mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan bagi menjaga taman. Oleh itu, berbanding padang rumput luas, kini lebih banyak pokok renek dan semak. Ia juga menarik hidupan liar.



FOKUS PADA KESIHATAN



NParks mempunyai sembilan taman terapeutik dengan tumbuhan dan herba yang membangkitkan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa.



Kajian itu menyimpulkan: "Berkunjung ke taman bersifat terapeutik boleh membentuk suplemen berkesan dan berpatutan bagi rawatan kemurungan untuk pesakit serta berfungsi sebagai campur tangan penjagaan diri bagi penduduk sihat bagi mengekalkan kesihatan mental mereka".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >