Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GIC catat kadar pulangan lebih rendah, beri amaran keadaan mencabar

Jul 28, 2016 | 07:31 AM



DANA kekayaan negara Singapura, GIC, mencatat kejatuhan dalam pulangan sebenar dalam laporan tahunan terbarunya dan memberi amaran mengenai keadaan masa depan lebih mencabar.



Kadar pulangan tahunan sebenar 20 tahun GIC - penanda aras paling pentingnya - ialah 4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, turun daripada 4.9 peratus pada tahun sebelumnya.



Ini bermakna GIC mempertingkat portfolionya dengan pulangan purata 4 peratus setahun, melebihi kadar inflasi global antara April 1996 dan Mac tahun ini.



Ia datang sedang prospek pertumbuhan global sederhana dan kadar faedah rendah menjejaskan hasil pelaburan, kata Encik Lim Chow Kiat, timbalan presiden kumpulan dan ketua pegawai pelaburan GIC.



Nilai aset juga didorong oleh pelabur yang memburu keuntungan, yang membuat pulangan tinggi sukar didapati.



"Keadaan pelaburan sukar ini boleh memanjang hingga 10 tahun akan datang," kata Encik Lim.



GIC dana kekayaan negara kelapan terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan berjumlah AS$344 bilion ($467 bilion), menurut anggaran Institut Dana Kekayaan Negara.



Encik Lim berkata pada Rabu (27 Jul) penurunan dalam kadar pulangan sebenar tahunan terbaru GIC sebahagiannya disebabkan oleh tahun ditambah dan digugurkan sedang tempoh 20 tahun itu bergerak.



Tetapi prospek pulangan juga tidak sebaik dari 1980-an hingga 2000-an, kata GIC dalam laporannya. Ini disebabkan persekitaran pelaburan yang sukar dengan prospek pertumbuhan sederhana, ketidakpastian lebih besar dan kemeruapan (keadaan turun naik) lebih tinggi.



Keadaan masa depan lebih bergelora, ujar Encik Lim. Beliau menyebut tentang tahap hutang tinggi di sesetengah negara, serta pilihan dasar kewangan terhad untuk merangsang ekonomi kerana banyak bank pusat telah mengurangkan kadar faedah ke tahap paling rendah.



Ketua pakar ekonomi GIC, Encik Leslie Teo, juga menyatakan bahawa terdapat faktor-faktor struktur jangka panjang, seperti penuaan penduduk dan tenaga kerja semakin mengecil di sesetengah negara, serta pertumbuhan produktiviti global kurang memberangsangkan.



Pertumbuhan dalam ekonomi maju seperti Amerika Syarikat perlahan, dan China - ekonomi kedua terbesar di dunia - tidak lagi berkembang pada kadar dua angka, tambah Encik Teo.



Sebagai persiapan, GIC, kata Encik Lim, telah beralih ke arah campuran portfolio lebih konservatif sedikit sejak setahun lalu untuk mengawal daripada peningkatan kemeruapan, dengan meningkatkan pendedahan pada bon dan wang tunai dan mengurangkan ekuiti.



GIC juga memberi tumpuan pada sumber dengan "peluang meningkat" baik, berdasarkan asas-asas syarikat tertentu, sedang ia berusaha mengatasi pelabur lain, katanya.



Secara berasingan, laporan tahunan itu berkata Encik Koh Boon Hwee, seorang tokoh dunia korporat, menyertai lembaga pelaburan GIC pada 15 Jan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >