Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah dianugerah jawatan profesor kehormat di universiti Kazakhstan

May 23, 2023 | 05:28 PM



PRESIDEN Halimah Yacob telah dianugerahkan jawatan profesor kehormat oleh Universiti Nazarbayev di Kazakhstan sewaktu kunjungannya ke universiti itu pada Selasa.

Puan Halimah dalam ucapan penerimaannya di majlis penganugerahan jawatan profesor kehormat itu berkata beliau berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut.

Beliau turut gembira dapat mengunjungi Universiti Nazarbayev memandangkan ia mempunyai hubungan rapat bersama Universiti Nasional Singapura (NUS).

“Singapura dan Kazakhstan kedua-duanya mengutamakan mutu pemimpin dalam perkhidmatan awam. Kedua-dua mempunyai matlamat untuk melatih dan mempersiapkan pemimpin bagi peranan masa depan,” ujarnya.

Beliau juga berbesar hati bahawa kerjasama antara Sekolah Siswazah Dasar Awam Universiti Nazarbayev dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew telah berkembang sepanjang tahun-tahun lalu.

Kerjasama ini menunjukkan tanda persahabatan mesra antara kedua-dua negara, ujarnya.

Pada Isnin, Puan Halimah diberikan anugerah Order of Dostyk (Persahabatan) Kelas Pertama oleh Presiden Kazakhstan, Encik Kassym-Jomart Tokayev.

Anugerah itu, yang juga pernah diberikan kepada mendiang Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew, pada Februari 2012, mengiktiraf individu kerana mempromosikan persetujuan antarabangsa dan sivil dalam masyarakat serta menggalakkan keamanan, persahabatan dan kerjasama antara rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >