Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 0.6% pada Jun

Jul 06, 2023 | 06:22 PM



Harga rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) jualan semula naik 0.6 peratus pada Jun, meskipun lebih kurang unit dijual pada tempoh itu.

Perkara itu, menurut beberapa pakar hartanah, dikaitkan kepada faktor musiman seperti tempoh cuti sekolah serta beberapa sebab lain.

Sebanyak 1,858 flat HDB jualan semula telah dijual pada Jun – jatuh 17.8 peratus berbanding Mei.

Ia merupakan bilangan paling rendah direkodkan sejak Februari 2023.

Dibanding tempoh yang sama setahun lalu, bilangan flat jualan semula yang diganti pemilik pada Jun 2023 telah merosot 13.1 peratus, menurut data awal portal hartanah 99.co dan SRX dikeluarkan pada Khamis.

Menurut pakar, Jun sering merupakan tempoh kurang sibuk bagi penjualan hartanah.

Ini kerana musim cuti sekolah jatuh pada bulan itu dan lebih ramai keluarga bercuti di luar negara memandangkan tahun ini juga melihat lebih banyak negara melonggarkan sekatan pandemik.

Ia juga serentak dengan pelancaran projek-projek Bina Ikut tempahan (BTO) pada Mei yang tamat pada 8 Jun.

Ketua Eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata beberapa pembeli rumah yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membeli rumah, mungkin telah memilih untuk mendapatkan flat Jualan Baki Flat (SBF) semasa latihan jualan pada Mei.

Satu lagi faktor yang mungkin telah menyumbang kepada bilangan jualan lebih rendah pada Jun itu adalah keperluan mendapatkan surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang dikuatkuasakan pada 9 Mei.

Mereka yang ingin membeli rumah perlu membuat permohonan bagi surat tersebut terdahulu yang memberitahu pemohon kelayakan mereka membeli sebuah flat jualan semula HDB.

Cik Christine Sun, naib presiden kanan bagi kajian dan analitik di OrangeTee & Tie, berkata beberapa urus niaga yang bakal dilaksanakan pada tempoh itu telah ditangguh sebab pembeli mungkin tidak sedar terhadap peraturan baru itu dan memerlukan lebih masa untuk membuat permohonan bagi mendapatkan surat itu.

Namun para pengamat berkata, kegiatan penjualan pada Jun ini merupakan satu perkara luar biasa sementara sahaja, dan menjangkakan ia akan naik semula pada bulan-bulan mendatang.

Berbalik kepada harga flat jualan semula HDB, Jun menyaksikan kenaikan 0.6 peratus dengan rumah jenis lima bilik mencatatkan kenaikan tertinggi pada 1 peratus.

Dibandingkan Jun 2022, harga pada Jun 2023 melihat kenaikan tahun-ke-tahun sebanyak 7.3 peratus.

Sebanyak 34 flat HDB yang dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta pada Jun, setaraf bilangan pada Mei.

Jumlah flat jutaan dolar yang dijual menyumbang kepada 1.8 peratus bilangan keseluruhan flat jualan semula yang dijual pada tempoh itu, naik dari 1.5 peratus pada Mei.

Antaranya ialah sebuah flat gabungan seluas 176 meter persegi di Moh Guan Terrace di Tiong Bahru yang dijual pada harga rekod $1.5 juta pada Jun, meskipun ia mempunyai baki pajakan hanya 48 tahun.

Dengan itu, sejumlah 208 rumah jualan semula HDB telah mencapai paras harga sekurang-kurangnya $1 juta pada separuh pertama 2023 – kenaikan 25 peratus tempoh yang sama pada 2022 di mana sebanyak 166 urus niaga direkodkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >