Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga ikan lonjak 30%: Peniaga pastikan kualiti baik

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



MENJELANG Oktober setiap tahun, pemilik bersama Five5Empire MeatSeafood, Cik Nur Shakila Mohd Zahren akan hadapi isu yang sama iaitu perlu menaikkan harga barangan makanan laut yang dijualnya.



Dengan pembekal menaikkan harga barangan makanan laut yang dijualnya, Cik Shakila terpaksa juga menaikkan harga jualannya bagi memastikan perniagaan itu terus bertahan semasa tempoh ini.



Walaupun beliau menaikkan harga makanan laut yang dijual sebanyak 30 peratus, Cik Shakila berkata beliau memastikan kualiti barangan itu baik supaya pelanggan kekal gembira.



Cik Shakila, merupakan salah satu penjual ikan yang menghadapi kenaikan harga antara 20 hingga 30 peratus makanan laut daripada pembekal dalam tempoh dua bulan lalu.



Sejak menubuhkan perniagaan ini dua tahun yang lalu, beliau menjelaskan bahawa pembekalnya akan menaikkan harga makanan laut yang dijual kepadanya sebanyak 10 hingga 30 peratus.



"Semasa tempoh ini, kami tahu bahawa terdapat kekurangan bekalan makanan laut ini.



"Jadi pembekal akan selalu meningkatkan harga," kata beliau yang berjualan di gerai yang terletak di Clementi Ave 2.



Beliau yang berusia 32 tahun berkata udang yang beliau selalu menjual pada harga $12 sekilo kini meningkat harga kepada $14 sekilo.



"Saya terpaksa meningkatkan harga saya walaupun ramai yang merungut.



"Kadangkala untuk memastikan mereka terus mendapatkan bekalan makanan laut mereka dari kami, kami perlu memberi potongan harga sedikit.



"Tetapi ia bermakna keuntungan saya juga berkurangan," kata yang juga menjual secara dalam talian melalui Facebook Live.



Cik Lina Wong, 50 tahun, yang mengendali Song Yu Ji Seafood di Pasar Bukit Timah bersama suaminya, berkata:



"Saya telah melihat harga beberapa jenis ikan naik sebanyak 50 peratus.



"Dalam kes tersebut, kami tidak akan membeli itu, kerana tidak ada sesiapa yang mahu beli dari kami."



Beliau menambah bahawa gerainya telah mengekalkan harga ikan merah Maharaja pada harga $25 sekilo walaupun kosnya telah meningkat, dalam usaha mengekalkan pelanggan.



"Ini adalah perkara biasa untuk harga turun naik, kerana bekalan ikan liar yang ditangkap tidak pernah stabil," kata Cik Wong.



"Harga ini meningkat selalunya menjelang akhir tahun dan sebelum Tahun Baru Cina sebelum merosot sebaik sahaja tamat perayaan, tetapi saya rasa ia akan terus meningkat daripada biasa kali ini kerana tidak lama lagi Tahun Baru Cina bakal menjelang."



Tahun Baru Cina akan disambut 22 Jan depan.



Pengarah pembangunan perniagaan dan pemasaran laman perdagangan elektronik OurPasar Essentials, Encik Qamarul Solihien Daud yang turut memerhatikan perkembangan ini berkata ia merupakan sesuatu yang tidak dapat mereka kawal.



Katanya, barangan makanan laut yang ditawarkan oleh OurPasar berharga berlainan dan ia bergantung kepada asalnya.



"Untuk ikan tempatan yang kita sering makan seperti ikan pari atau sotong kini harganya meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus.



"Makanan laut ini semua diperolehi daripada Pelabuhan Perikanan Jurong kebanyakannya sumber dari perairan tempatan, Malaysia, Indonesia dan laut China Selatan di mana musim monsun adalah bahaya kepada nelayan untuk keluar memancing," katanya.



Bagi makanan laut lain seperti ikan Salmon dan ikan kod pula tidak mempunyai harga yang berbeza berbanding kepada sebelum ini di OurPasar, kata Encik Qamarul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >