Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga pos tempatan akan naik 20 sen: SingPost

Sep 19, 2023 | 04:55 PM



Harga pos biasa tempatan akan naik sebanyak 20 sen mulai 9 Oktober ini, kata syarikat penghantaran surat dan bungkusan, SingPost pada Selasa.

Harga mel asas biasa tempatan itu akan meningkat kepada 51 sen, naik berbanding 31 sen sekarang “untuk mencerminkan kos yang meningkat bagi mengekalkan perkhidmatan pos,” katanya.

Dalam usaha mengawal kenaikan kos, SingPost akan mengedarkan buku kecil Setem Tempatan yang mengandungi 10 setem kepada setiap keluarga, mulai akhir Oktober ini.

Kali terakhir harga pos naik ialah pada 2014, apabila kos penghantaran surat dan bungkusan meningkat daripada 22 sen kepada 30 sen, lapor The Straits Times.


“Kemerosotan struktur dalam jumlah mel di peringkat global sepanjang sedekad lalu yang disebabkan oleh perubahan besar digital telah menjejas daya maju perniagaan firma-firma pos di peringkat global,” kata SingPost.

Antara Tahun Kewangan 2018/19 dengan 2022/23, jumlah penghantaran surat dan bungkusan berkurang lebih 40 peratus, katanya.

SingPost berkata perubahan harga itu akan membantunya menangani kerugian disebabkan penurunan berterusan dalam jumlah mel. Ini di samping perbelanjaan lebih tinggi bagi tenaga kerja, utiliti, bahan api dan pengangkutan.

“Kenaikan harga ini diperlukan agar SingPost dapat terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang lesen pos awam Singapura, dan pada masa sama, meneroka lagi model perniagaan pos yang lebih berdaya tahan pada jangka panjang, dengan mengimbangi keperluan untuk kekal berdaya maju, di samping melindungi kepentingan para pemegang sahamnya,” jelasnya.

SingPost akan juga memperkenalkan struktur harga pos tempatan yang lebih mudah. Ini termasuk meniadakan kriteria berat bagi bungkusan, dalam usahanya menjadikan khidmat pos lebih mesra pengguna.

Sejak 2014, SingPost telah menyerap kos inflasi dan pada asasnya mengekalkan harga pos yang sama, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SingPost Singapura, Cik Neo Su Yin.

“Dengan tekanan kos yang meningkat dan landskap perniagaan mencabar, kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan untuk kekal dari segi komersial, agar kami dapat terus menyediakan khidmat pos yang penting untuk negara,” jelasnya.

Cik Neo juga berkata SingPost memberi tumpuan kepada perubahan strategik ke arah perniagaan elektronik dan logistik, untuk mengurangkan kemerosotan berterusan dalam jumlah mel, dan meneroka pelbagai peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Kenyataan itu menambah bahawa SingPost kini bekerja rapat dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melakukan semakan bagi struktur perniagaan pos dan merangka strategi jangka panjang untuk mengekalkan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >