SEPERTI yang diumumkan oleh Pasukan Bertindak Silang Kementerian pada 19 Mei 2020, Singapura akan keluar dari tempoh pemutus litar dan memulakan pendekatan tiga fasa untuk menyambung semula kegiatan dengan selamat mulai 2 Jun 2020. Dalam Fasa 1, kegiatan sosial, ekonomi dan hiburan yang mempunyai risiko jangkitan tinggi kekal dihentikan. Sehubungan dengan itu, kegiatan busking terus ditangguhkan di lokasi yang ditetapkan serta lokasi percubaan.
Menurut notis yang disiarkan di laman Majlis Seni Kebangsaan (NAC), penggiat busking digesa elak melakukan busking hingga notis lanjut, mereka yang didapati melanggar peraturan akan dibatalkan kad busking mereka.