Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Hasut niat jahat antara kumpulan lain agama: Subhas Nair dijel 6 minggu

Sep 05, 2023 | 02:14 PM



Rapper tempatan, Subhas Nair, 31 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam minggu pada Selasa atas empat pertuduhan cuba menghasut niat jahat antara kumpulan agama dan kaum berbeza di Singapura.

Pemuzik itu, yang nama penuhnya, Subhas Govin Prabhakar Nair, tuntut dibicara sebelum Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan mensabitkannya atas keempat-empat pertuduhan pada Julai.

Tuduhan pertama berkaitan sebuah video dikeluarkan pengasas City Revival Church, Cik Jaime Wong, dan pempengaruh media sosial, Cik Joanna Theng.

Dalam video itu, kededua wanita tersebut membuat kenyataan yang mengaitkan gerakan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dengan syaitan.


Nair membalas video itu dengan menyiarkan mesej di Instagram pada 25 Julai 2020, menyatakan:

“Jika dua orang Melayu Islam membuat video mempromosikan Islam dan mengatakan perkara-perkara yang dikatakan oleh orang Cina Kristian ini (Cik Wong dan Cik Theng), ISD (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri) pasti berada di depan pintu mereka sebelum mereka menekan ‘muat naik’.”

Nair memadamkan pos Instagram itu pada 2 November 2020.


Timbalan Pendakwa Raya, Encik Suhas Malhotra dan Encik Jordon Li, berkata mesej jelas di sebalik pos Instagram Nair adalah orang Melayu Islam “disasarkan” oleh pihak berkuasa, manakala orang Cina Kristian mendapat “layanan keutamaan”.

Pada perbicaraannya pada 21 Mac 2023, Nair, yang diwakili peguam, Encik Suang Wijaya, mengakui dia telah menyiarkan mesej disifatkan pihak pendakwaan sebagai komen menghasut terhadap kaum dan agama.

Tetapi Nair menafikan berbuat demikian untuk menghasut niat jahat antara kumpulan agama dan kaum berbeza di Singapura.

Dia juga memberi keterangan bahawa video oleh dua wanita itu mengandungi “ucapan kebencian”, sambil menambah: “Kami perlu menegur kenyataan seperti ini.”


Pendakwa raya berkata penjelasan Nair sukar dipercayai, menegaskan bahawa dia telah mengakui semasa perbicaraan bahawa ia adalah keputusannya untuk merujuk kepada Cik Wong dan Cik Theng berdasarkan bangsa dan agama mereka.

Pendakwa raya menambah: “Jika niatnya (Nair) memang untuk menegur ucapan kebencian seperti yang didakwanya di mahkamah, tidak ada sebab untuk menarik perhatian khusus kepada kaum dan agama orang menggunakan ucapan kebencian itu.”


Pertuduhan kedua dan ketiga Nair melibatkan satu lagi catatan Instagram yang merupakan tindak balasnya kepada artikel berita yang dikaitkan dengan Chan Jia Xing, 27 tahun.

Chan pada mulanya dituduh membunuh Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, di Orchard Towers pada Julai 2019.


Pertuduhan Chan kemudian dikurangkan kepada bergaul dengan seseorang yang membawa senjata serangan di tempat awam, dan dia diberi amaran bersyarat pada Oktober 2020.


Seorang lagi lelaki, Tan Sen Yang, didakwa pembunuh Encik Satheesh dan kesnya masih belum selesai.


Antara lain, Nair menyatakan dalam pos Instagramnya: “Menegur perkauman dan ‘keistimewaan Cina’, amaran bersyarat dan kempen fitnah di media.”


Semasa perbicaraan pada Mac, DPP Malhotra berkata: “Pos ini menghasut niat jahat antara orang Cina dan India di Singapura... pos Nair membayangkan bahawa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang melayan orang India jauh lebih teruk daripada orang Cina.”


Tetapi Nair memberi keterangan bahawa dia tidak berniat menimbulkan permusuhan antara kaum yang berbeza.


Dia memberitahu mahkamah bahawa dia sebaliknya mengulas mengenai keadaan kewartawanan di Singapura selepas platform berita yang tidak dinamakan bertanya kepada Chan tentang bayinya berikutan amaran bersyaratnya.


Nair berkata dalam catatan Instagramnya: “Adakah anda benar-benar fikir orang India akan ditanya soalan seperti itu?”


DPP berkata bahawa pos Instagram itu berusaha menonjolkan naratif bahawa Singapura “berat sebelah terhadap masyarakat India”.


Pertuduhan keempat dikaitkan dengan video rap Nair yang disiarkan di YouTube pada 29 Julai 2019, yang mengandungi lirik yang dianggap menyinggung perasaan orang Cina.

Semasa perbicaraan, Nair memberi keterangan bahawa video itu dibuat sebagai tindak balas kepada iklan yang memaparkan pelakon tempatan, Dennis Chew, memainkan pelbagai peranan, termasuk seorang lelaki India dan seorang wanita Melayu.

Dia memberitahu mahkamah bahawa dia mahu video rapnya menyampaikan mesej bahawa iklan itu adalah rasis secara terang-terangan.


Dia menambah bahawa video rap itu ditujukan kepada beberapa orang Cina, yang menurutnya bersifat perkauman.


Menegaskan bahawa tidak semua orang Cina bersifat perkauman, Nair berkata beliau mahu menamatkan kejadian “brownface” di Singapura.


Brownface adalah fenomena sosial, biasanya melibatkan orang berkulit cerah yang berpura-pura menjadi seseorang daripada etnik berbeza yang mempunyai kulit yang lebih gelap.


DPP Malhotra berkata semasa perbicaraan: “Sekiranya tertuduh (Nair) mempamerkan kesalahannya kepada iklan itu dengan cara yang bermaruah, tiada kesalahan jenayah akan dilakukan.

“Sebaliknya, dia menghina dan mempersendakan orang Cina secara umum.”


Pada Selasa, Encik Wijaya memberitahu mahkamah bahawa Nair mengekalkan pendiriannya sebagai tidak bersalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >