Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penjara 3 bulan buat lelaki tendang wanita dalam serangan berbaur perkauman

Aug 07, 2023 | 05:08 PM



Seorang lelaki yang menghina seorang wanita yang tidak dikenali dan menendang dadanya pada Mei 2021 telah dijatuhi hukuman penjara tiga bulan pada Isnin.

Ini selepas hakim daerah menegaskan bahawa permusuhan kaum dan agama boleh membawa kesan buruk dalam masyarakat Singapura.

Wong Xing Fong, 32 tahun, menyerang Cik Hindocha Nita Vishnubhai berdekatan kondominium Northvale di Choa Chu Kang pada 7 Mei 2021 di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Dia juga diperintahkan membayar mangsa $13.20 sebagai pampasan.

Sebelum mengenakan hukuman itu pada Isnin, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan berkata hukuman pencegahan adalah penting dalam kes ini.

Beliau juga berkata Wong melakukan kesalahan itu dengan cara yang kurang ajar dan kurang menunjukkan rasa kesal.

Selepas perbicaraan selama sembilan hari yang bermula pada Januari, Hakim Shaiffudin mendapati Wong bersalah pada Jun dengan setiap satu kesalahan serangan dan melukakan perasaan mangsa.

Semasa perbicaraan itu, Wong menafikan menggunakan kata-kata hinaan yang berbaur perkauman.

Pihak pendakwa telah meminta hukuman penjara antara enam dengan sembilan bulan, menekankan kepentingan keharmonian masyarakat dan kaum.

Cik Nita, 57 tahun, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan bahawa pada 7 Mei 2021, beliau sedang berjalan pantas ke Stadium Choa Chu Kang, tempat kerja beliau di restoran makanan segera, apabila beliau mendengar seseorang menjerit.

Beliau menoleh dan melihat Wong dan tunangnya, Chua Yun Han, yang tidak beliau kenali.

Pasangan itu menyuruhnya untuk “memakai pelitup”, kerana pelitupnya tidak menutup mulutnya.

Pihak pendakwa berkata Cik Nita menjelaskan kepada pasangan itu bahawa beliau sedang berjalan pantas, dan memberi isyarat untuk menunjukkan beliau sedang bersenam dan berpeluh.

Pada ketika itu, orang ramai dibenarkan menanggalkan pelitup mereka apabila melakukan senaman berat, namun perlu memakainya semula selepas bersenam.

Pihak pendakwa berkata tertuduh sebaliknya memarahi mangsa (dan menghinanya secara lisan). Untuk meredakan keadaan itu, mangsa menjawab: “Tuhan memberkati kamu.”

Namun tertuduh menendang mangsa di bahagian dadanya. Dia dan (tunangnya) kemudian beredar dari situ.

Cik Nita juga memberi keterangan pada Januari bahawa beliau akan menangis jika kembali ke tempat serangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >