Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB sedia mulakan kerja pemulihan di tapak binaan flat BTO Clementi yang runtuh

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) sudah bersedia memulakan kerja-kerja pemulihan fasa dua di tapak binaan flat Bina-Untuk-Tempahan (BTO) Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6 yang runtuh Jumaat lalu.



Ia merupakan usaha berterusan bagi menstabilkan tanah dan mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar tanah runtuh, menurut HDB di Facebook semalam.



Menyusuli kejadian itu, langkah-langkah segera telah dilaksanakan.



"Kami kini bersedia untuk memulakan Fasa 2 kerja-kerja pemulihan. Ini melibatkan pemasangan cerucuk kepingan di sepanjang penyambung taman yang terjejas, untuk mengukuhkan dan menstabilkan lagi cerun. Ini adalah fasa penting, dan perlu diselesaikan sebelum kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula utama dapat dijalankan dengan selamat," kata HDB semalam.



Dalam kejadian Jumaat lalu, tanah runtuh di tapak binaan Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6 itu merosakkan penghubung taman dan menyebabkan tanah menggelongsor ke dalam Terusan Ulu Pandan.



Fasa terakhir dalam kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula melibatkan pemulihan sepenuhnya terusan, memulihkan bahagian penyambung taman yang rosak, dan membina semula cerun dan tembok penahan dalam tapak pembinaan.



"Kerja-kerja ini adalah luas dan dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan. Walaupun kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan, kami akan terus memantau dengan teliti keselamatan struktur bangunan berhampiran,'' tambah HDB.



Dalam pada itu, Lembaga Taman Negara (NParks) akan membuka semula segmen Penyambung Taman Ulu Pandan dari Boon Lay Way dan Lebuhraya Ayer Rajah ke jejambat Commonwealth Avenue West hujung minggu ini, yang terletak di hilir (iaitu barat tapak kejadian).



NParks akan bekerjasama dengan agensi air negara, PUB, untuk memantau ramalan hujan dan paras air di terusan, dan akan menutup sementara penyambung taman apabila perlu.



Projek BTO itu dilancarkan pada Februari 2017 dengan tarikh selesai pembinaan dianggarkan pada separuh kedua tahun ini.



Tanah runtuh itu juga menjejas sebahagian tapak binaan BTO tersebut di mana sebuah tembok - yang dapat menahan tanah atau air - sedang dibina sebagai persiapan untuk pembinaan gelanggang bola keranjang dan astaka di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >