Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Ikat jamin peniaga kes tipu dagangan nikel dinaikkan kepada $6j

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



IKAT jamin sebanyak $4 juta yang dikenakan ke atas seorang yang didakwa menipu dalam satu dagangan logam nikel telah dinaikkan kepada $6 juta.



Ng Yu Zhi juga kini berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan lebih 20 tahun jika didapati bersalah selepas kes jenayahnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Jumlah ikat jamin itu merupakan satu rekod, menurut beberapa peguam dan ia menggariskan peranan Ng dalam salah satu penipuan pelaburan terbesar Singapura.



Ng, 35 tahun, pengasas Envy Global Trading (EGT) dan Envy Asset Management (EAM), telah menjadi muflis pada Disember 2022.



Dia telah ditangkap pada Februari 2021 dan pertama kali didakwa atas tuduhan menipu dan terlibat dalam penipuan perdagangan.



Dia kini menghadapi 105 tuduhan jenayah di atas penglibatannya dalam penipuan itu.



Ng kini ditahan reman sehingga jaminan penuh dibuat. Dia dibenarkan oleh mahkamah membuat tiga panggilan telefon untuk mendapatkan dana tambahan.



Dianggap sebagai "protagonis utama dalam penipuan berskala besar" dalam perbicaraan mahkamah semalam, Ng dituduh melakukan skim perdagangan nikel yang didakwa menipu para pelabur dengan jumlah AS$1.1 bilion ($1.45 bilion).



Ng menghadapi hukuman melebihi 20 tahun sekarang setelah kesnya akan didengar oleh Mahkamah Tinggi.



Oleh kerana dia mempunyai akses kepada aset luar negara bernilai $107 juta yang kebanyakannya dipegang oleh pelbagai individu di China, ia meningkatkan potensi dia melarikan dari hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >