Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif $25j bagi projek bantu golongan kurang upaya

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH inisiatif bernilai $25 juta yang bertujuan menyokong projek untuk membantu golongan kurang upaya dan pada masa yang sama memberi dana untuk pendidikan awam bagi masyarakat inklusif telah dilancarkan semalam.



Dikenali sebagai Enabling Lives Initiative (ELI) - yang merupakan kerjasama antara SG Enable dan Tote Board - akan bermula mulai tahun ini hingga ke 2024.



Ini juga menggantikan skim Enabling Lives Initiative Tote Board yang berjalan selama lima tahun sejak 2015.



Di bawah inisiatif ini, Tote Board memberi komitmen sebanyak $20 juta kepada Geran ELI, yang akan menyokong inisiatif di lapangan dan $5 juta untuk pendidikan awam.



Care & Share Movement, yang dipimpin oleh Dana Masyarakat, pula telah menyumbang sebanyak $1.196 juta untuk membiayai usaha pendidikan awam.



Pelancaran semalam di Enabling Village, ruang masyarakat bagi golongan kurang upaya di Lengkok Bahru, dihadiri oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli.



Encik Masagos berkata bahawa ELI adalah satu lagi kejayaan dalam usaha Singapura untuk membina masyarakat yang prihatin dan inklusif.



Beliau berkata: "Kita memerlukan lebih daripada usaha dari sektor kurang upaya untuk merealisasikan visi. Semua orang perlu memainkan peranan.



"Dengan berkongsi matlamat yang sama, kita boleh mendapatkan sokongan kumpulan rakan kongsi dari pelbagai latarbelakang - dengan setiap satu mempunyai kekuatan dan sumber tersendiri - untuk bersama-sama mencipta solusi yang berkesan demi memupuk usaha inklusif yang lebih teguh."



Geran ELI akan dibuka untuk permohonan pada April 2021 dan ia menyokong projek di tiga bidang fokus berikut: hidup berdikari, merealisasikan potensi dan menghubungkan masyarakat.



Ini bertujuan untuk membiayai projek yang akan menghasilkan inovasi yang berskala dan memberi impak untuk orang kurang upaya dan membawa hasil yang lebih baik bagi mereka.



Geran ELI Tote Board sebelum ini menyokong lebih daripada 40 projek seperti itu dengan pembiayaan lebih daripada $16 juta, antara 2015 dan 2020.



Projek-projek tersebut telah membantu lebih daripada 8,000 orang kurang upaya dan pengasuh mereka.



Inisiatif pendidikan awam bertujuan untuk membawa lebih banyak kemasukan di sekolah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.



Ia berharap dapat membina kempen pendidikan awam See The True Me dari Majlis Kebangsaan Perkhidmatan Sosial (NCSS) yang dilancarkan pada 2016.



Ia mendorong rakyat Singapura untuk agar melihat di luar kecacatan orang kurang upaya, dan sebaliknya menghargai kebolehan dan kemampuan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >