Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iras gesa peniaga telus apabila beri alasan naikkan harga

Usah beri gambaran salah pada pelanggan kononnya kenaikan GST faktor utama, tunggal harga naik
Dec 24, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA perniagaan di sini telah menaikkan harga atau yuran perkhidmatan bagi mengambil kira kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana dan kos operasi lebih tinggi yang dihadapi mereka, tetapi mengaitkan kenaikan harga terutamanya pada kenaikan GST, kata Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam.



Dalam satu nasihat yang dikeluarkan di laman webnya, Iras menambah bahawa pemerintah ingin mengingatkan perniagaan agar telus apabila menyampaikan alasan bagi harga lebih tinggi kepada pelanggan.



"Perniagaan harus menerangkan alasan utama kenaikan harga atau kenaikan yuran, dan tidak memberi gambaran salah kepada pelanggan dengan mengaitkan kenaikan harga terutamanya atau semata-mata pada kenaikan GST," katanya.



GST akan meningkat daripada 7 peratus kepada 8 peratus pada 2023, dan 9 peratus pada 2024.



Iras berkata Jawatankuasa Menentang Pencatutan memandang serius sebarang kenaikan harga tidak wajar yang menggunakan kenaikan GST sebagai alasan, dan akan menyiasat semua maklum balas mengenai kes sedemikian.



Jawatankuasa itu dibentuk pada 1994 apabila GST diperkenal, dan diadakan semula pada Mac 2022. Ia juga diadakan semula sewaktu pusingan kenaikan GST sebelumnya pada 2003 dan 2007.



Jawatankuasa itu kini dipengerusi oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dan terdiri daripada Anggota Parlimen lain serta wakil daripada pertubuhan akar umbi serta industri.



Beberapa peruncit yang bercakap kepada akhbar The Straits Times awal bulan ini berkata mereka masih belum membuat keputusan apakah akan menyerap GST tambahan, dan sedang menunggu untuk melihat bagaimana corak pembelian akan berubah tahun depan sebelum membuat keputusan.



Yang lain berkata mereka mungkin melakukan demikian, kerana harga yang meningkat sudah menghalang pelanggan berbelanja dan menjejas penjualan.



Kos semakin tinggi bagi bahan api, utiliti dan sewa, antara lain, telah mengenakan tekanan ke atas peruncit dan mungkin menyebabkan mereka menaikkan harga mereka, kata jurucakap Persatuan Peruncit Singapura (SRA).



Secara berasingan, dalam satu notis yang diletak di luar cawangannya di pusat beli-belah Northpoint City, rantaian cermin mata Owndays berkata ia akan menyerap GST tambahan 1 peratus itu. Platform kereta sewa privet Tada juga berkata ia akan menyerap kenaikan itu bagi pemandunya selama enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >