Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isteri hamil lima bulan rayu saksi beri maklumat nahas libatkan suaminya

May 08, 2014 | 07:25 PM



SEORANG isteri yang hamil lima bulan telah merayu kepada sebarang saksi supaya tampil memberi maklumat tentang sebuah kemalangan membabitkan suaminya pada 5 Mei lalu.


Cik Siti Mariam, 29 tahun, ingin tahu bagaimana kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) itu berlaku hingga mengakibatkan suaminya, Mohammad Afiq, 26 tahun, meninggal dunia.


Suaminya, seorang penunggang motosikal, ditimpa kemalangan itu sekitar 7.30 pagi.


Anggota keluarga Cik Siti telah menghubungi Stomp untuk mendapatkan bantuan.


"Dia lagi hamil dan mempunyai anak, bantulah dia," kata saudara perempuan Cik Siti.


Dalam rayuan tersebut, keluarga tersebut juga berharap ada pemandu yang telah merakamkan insiden berkenaan.


Akhbar Lianhe Wanbao melaporkan, mangsa dikatakan berada di susur keluar ke Mandai Road bila motosikalnya merempuh sebuah bas privet.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Bas yang membawa beberapa pekerja kilang itu mengalami kerosakan tetapi tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.


Menurut Cik Siti, saksi yang berada di situ hanya perasan mangsa bila dia sudah terbaring di jalan raya.


"Saksi hanya ternampak dia dilanggar. Kami ingin tahu apa yang terjadi.


"Adakah suami saya hilang imbangan dan terjatuh? Adakah dia telah dilanggar? Saya berharap ada kamera yang telah merakamkan insiden itu," katanya.


Siasatan polis masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >