Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel, denda buat bekas duta jarak selamat selepas bergaduh dengan pengurus stor tidak berpelitup

Aug 31, 2021 | 10:26 PM



SEORANG bekas duta jarak selamat Covid-19 yang mendapati seorang pengurus stor tidak menggunakan pelitup terlibat dalam pertelingkahan dengan lelaki berkenaan selepas masing-masing melontarkan kata-kata lucah terhadap satu sama lain.



Duta berkenaan, Aloysius Hoe Wei Peng, melakukan kesalahan itu di Yishun ketika dia sedang disiasat kerana terlibat dalam satu pergaduhan awal di Punggol.



Menurut akhbar The Straits Times, Hoe difahamkan tidak lagi bekerja sebagai duta jarak selamat.



Hoe, 40 tahun, seorang warga Singapura, dihukum penjara tiga minggu dan denda $800 pada Selasa (31 Ogos) atas kesalahan berkenaan.



Dia mengaku bersalah di atas satu kesalahan menyerang, bergaduh di tempat awam dan berlaku nakal.



Hoe dan Cik Raudzah Salehan, 35 tahun, sedang menjalankan tugas sebagai duta jarak selamat di Yishun Central 1 tidak lama sebelum pergaduhan itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhou Yang berkata kedua-duanya tidak menggunakan lanyard masing-masing dengan pas bagi menunjukkan mereka adalah duta jarak selamat.



Hoe kemudian mendapati pengurus kedai haiwan peliharaan, Encik He Jun, 48 tahun, tidak menggunakan pelitup di tempat bekerjanya, Little Pet Kingdom.



Hoe memberitahu Cik Raudzah agar mengambil gambar kedai itu.



Tidak lama selepas itu, Encik He, menemui Cik Raudzah di luar kedai kerana ingin tahu apa yang sedang beliau lakukan.



Hoe yang berdiri berhampiran kemudian bertanya kepada Encik He: "Apa masalahnya?"



Pertengkaran kemudian berlaku antara dua lelaki Singapura itu. Hoe menendang Encik He yang kemudian melontar patung singa batu ke arah Hoe. Mereka bertumbukan selepas itu.



Seorang saksi masuk campur bagi meredakan pertelingkahan itu, mahkamah diberitahu.



Encik He mengalami bengkak pada tangan kanan tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan. Dia didenda $2,000 pada Jun lalu kerana pergaduhan itu.



Hoe pula ke Hospital Khoo Teck Puat di mana dia didapati mengalami kecederaan termasuk luka pada dagu, lengan bawah kanan dan lutut.



Dalam satu kejadian berasingan pula, Hoe dan bekas temanitanya, Wan Farah Shireen Abu Hassan, 33 tahun, sedang berjalan di tingkat pertama pusat beli-belah Waterway Point di Punggol pada 3 Februari tahun lalu apabila pengirim makanan, Daniel Seah, 31 tahun, menunggang basikal dan melalui ruang di tengah-tengah mereka.



Farah berteriak ke arah Encik Seah: "Tak tahukah awak nak cakap 'tumpang lalu'?"



DPP Zhou menambah: "Mangsa turun dari basikalnya. Beliau bertanya mengapa Farah berteriak dan sama ada dia mengalami sindrom sebelum kedatangan haid?



"Sebagai respons, Farah dan Aloysius bersemuka dengan mangsa dan melontar kata-kata lucah kepadanya."



Pendakwa menambah Farah menepuk kepala Encik Seah sementara Hoe menendang perutnya.



Hoe turut memijak kaca mata Encik Seah apabila mereka berdua terjatuh ke lantai dalam pertelingkahan tersebut.



Mahkamah diberitahu Farah terus menyerang Encik Seah selepas itu. Kesnya masih menanti dibicarakan.



Pada Selasa, peguam S. S. Dhillon yang mewakili Hoe berkata: "Kami memahami kecederaan yang dialami mangsa adalah ringan dan beliau sudah pulih...kejadian ini tiada kena mengena dengan serangan samseng dan tiada senjata yang digunakan."



Kerana kesalahan bergaduh di tempat awam, seorang pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >