Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah haji terkandas di KLIA tetapi dalam keadaan tenang

Sep 24, 2017 | 04:39 PM



SEKUMPULAN jemaah haji Singapura yang dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi ke tanah air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam setelah pesawat mereka dipercayai mengalami masalah teknikal.



Namun begitu, syarikat penerbangan pesawat itu, Saudia Airlines, telah menguruskan penumpang yang terjejas dan menempatkan mereka di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, memberikan para jemaah peluang berehat selepas menunaikan ibadah haji.



Sehingga 4 petang hari ini, Berita Harian dimaklumkan kumpulan jemaah itu masih lagi berada di sana menantikan arahan selanjutnya.



Antara penumpang pesawat itu ialah Pengasas TM Fouzy Travels & Tours, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang berkata terdapat sekitar 270 jemaah haji Singapura yang terjejas.



“Alhamdulillah, pihak syarikat penerbangan menguruskan kami dengan baik. Mereka menempatkan kami di hotel ini. Jemaah semuanya gembira. Pemandangannya cantik, cuacanya baik.



“Mereka ada beri maklumat terkini sekitar 12 tengah hari tadi dan menyuruh kita bersabar dan tunggu di hotel buat masa ini,” kata beliau.



Pesawat itu telah berlepas dari Jeddah pada hari Jumaat dan tiba di KLIA semalam pada sekitar 1 petang. Pesawat itu sepatutnya berangkat ke Singapura sejam kemudian.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >