Jumlah isi rumah Singapura yang memiliki kereta telah meningkat 2.8 peratus dalam tempoh 10 tahun – daripada daripada 459,000 pada 2012 kepada 472,000 pada 2022.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menyatakan demikian dalam catatan Facebook pada Khamis (16 Nov) sebagai menjawab maklum balas orang ramai terhadap kenyataan yang dibuatnya di Parlimen pada 6 November bahawa satu pertiga daripada isi rumah penduduk – terdiri daripada warga Singapura atau penduduk tetap – memiliki kereta pada 2022 turun 40 peratus daripada pada 2013.
“Sesetengah orang telah tersilap membuat kesimpulan bahawa ini bermakna kini terdapat lebih sedikit isi rumah penduduk yang memiliki kereta,” kata Encik Chee.
Peratusan jatuh kerana kini terdapat lebih banyak isi rumah penduduk: 1.4 juta pada 2022, berbanding 1.2 juta pada 2012.
Dalam catatan Facebooknya, Encik Chee menyatakan pendirian untuk tidak mempunyai kategori Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) berasingan bagi kereta sewa swasta (PHC), walaupun pemerhati industri mengatakan bahawa PHC menyumbang kepada rekod harga COE pada 2023.
Encik Chee menulis: “Penyumbang utama kepada permintaan COE adalah pembeli individu tempatan. Dalam tiga suku pertama 2023, mereka membentuk tiga dalam empat bida Kategori A dan dua dalam tiga bida Kategori B.
“Kita tidak boleh salah anggap bahawa mempunyai kategori berasingan bermakna akan ada bekalan COE baru untuk kenderaan ini,” kata beliau.
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu

Untuk mewujudkan kategori COE yang berasingan bagi pekerja swasta, beliau berkata beberapa kuota perlu diambil daripada kategori kereta penumpang.
Encik Chee mengulangi bahawa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang meneroka “pilihan lanjut” di luar pembidaan COE untuk menangani kebimbangan mengenai syarikat pemajakan kereta, mengiktiraf bahawa kereta sewa swasta bergerak lebih jauh, tetapi memainkan “peranan penting” dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke tempat berbeza.
Pihak berkuasa “terbuka kepada idea berbeza yang boleh menangani kebimbangan dengan berkesan dan memperbaiki keadaan,” kata beliau.
Pada 6 November, Encik Chee menyatakan bahawa kereta sewa swasta menang kira-kira 21 peratus COE Kategori A dalam tiga suku terakhir, turun daripada 27 peratus dalam tempoh yang sama pada 2022. Mereka juga menang 23 peratus COE Kategori B, turun sedikit daripada 24 peratus pada 2022.
“Data menunjukkan bahawa harga COE telah meningkat dalam tempoh permintaan daripada syarikat pemajakan kereta telah turun, jadi tidak mungkin ia menjadi faktor utama kenaikan harga COE,” katanya ketika itu.