Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karnival kesihatan di Marsiling bagi tingkat kesedaran penyakit ginjal

Lebih 400 individu hadiri karnival, ditawar jalani pemeriksaan ginjal percuma
Jul 23, 2023 | 05:07 PM



Beliau akur berjumpa doktor menerusi panggilan video ada manfaatnya, terutama jika seseorang tidak berdaya untuk keluar rumah.

Namun ibu empat anak Cik Norsita Abdul, 51 tahun, berkata beliau lebih suka berjumpa dengan doktor di klinik supaya doktor dapat membuat pemeriksaan lebih teliti.

“Menggunakan khidmat telekesihatan satu alternatif yang baik dan mudah bagi mereka yang tidak dapat keluar, misalnya warga emas yang tidak boleh berjalan.

“Namun pada pendapat saya, jika individu masih kuat, beliau boleh berjumpa doktor di klinik supaya pemeriksaannya lebih jelas.

“Bagi saya, saya lebih suka berjumpa doktor,” kata Cik Norsita, yang berkata beliau hanya bertemu doktor menerusi panggilan video sekali, di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Cik Norsita dan suaminya, Encik Aziz Wagiman, 52 antara lebih 400 individu yang menyertai karnival kesihatan di Marsiling pada Ahad, di mana mereka mendapat lebih banyak maklumat mengenai penyakit ginjal kronik dan cara menguruskan penyakit kronik secara berterusan dengan menggunakan telekesihatan, termasuk bertemu doktor menerusi panggilan video.

Encik Aziz berkata karnival itu telah menambah pengetahuannya mengenai penyakit ginjal.

“Saya bercadang untuk berkongsi pengetahuan ini dengan ahli keluarga dan saudara-mara yang lain,” kata Encik Aziz.

Karnival Kesihatan Marsiling itu bertujuan menggalak penduduk menjalani pemeriksaan ginjal secara tetap supaya mereka boleh mendapatkan nasihat doktor lebih awal untuk mencegah penyakit dan menguruskan penyakit ginjal kronik.

Pada Ahad, peserta ditawarkan menjalani pemeriksaan ginjal percuma dan berpeluang mendengar taklimat mengenai penyakit ginjal kronik dan cara-cara mencegahnya.







Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang hadir di karnival itu berkata acara itu bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kesihatan ginjal.

“Kami harap penduduk dapat memahami risiko dan juga mengambil berat tentang keadaan kesihatan mereka agar dapat mencegah sebelum perlu merawat sesuatu penyakit,” kata Encik Zaqy yang juga Penasihat bagi Pertubuhan Akar Umbi di Marsiling.

“Kami juga menggalak lebih ramai penduduk untuk mencuba telekesihatan kerana kami menyedari ramai pesakit yang menghidapi penyakit ginjal juga mempunyai penjaga yang mengalami cabaran membawa pesakit keluar rumah.

“Bagi meringankan cabaran ini, kami menawarkan telekesihatan yang memberi lebih akses kepada penjaga dan pesakit kepada imbasan kesihatan dan langkah pencegahan,” kata Encik Zaqy lagi.

Karnival kesihatan itu dianjurkan oleh Persatuan Rakyat (PA) dengan sokongan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dengan sokongan agensi pemerintah dan privet seperti 1doc, Eurofins, MSD Singapore, RSVP Singapore dan Pejabat Digital Singapura.

Pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, berkata perangkaan menunjukkan enam pesakit ginjal baru dikenali pasti di Singapura setiap hari. Beliau berkata keadaan ini bak memberikan tanda-tanda ‘tsunami penyakit ginjal yang akan melanda Singapura’.

“Dengan kerjasama pelbagai pertubuhan lain dalam masyarakat Singapura, kita harus memberi tumpuan kepada pencegahan menerusi usaha pendekatan awal,” kata Encik Lang.

Dr Eugene Loke, pengarah perubatan 1doc yang menawarkan khidmat telekesihatan, berkata: “Pengurusan penyakit kronik adalah paling langkah utama dalam mengekalkan kesihatan optimum, terutama bagi pesakit ginjal kronik.

“Dalam era pendigitalan ini, telekesihatan memainkan peranan penting dalam membolehkan pesakit berkomunikasi secara berkesan. Ia memudahkan pesakit warga emas mendapatkan konsultasi doktor dan memantau kesihatan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >