Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya dibuku bagi lestari persuratan S'pura

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



USAHA Perkumpulan Seni mengumpul penulis tempatan untuk menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cerpen dan puisi bukan hanya bermakna tetapi sangat penting bagi masa depan persuratan tanah air bahkan juga dalam melestarikan persuratan di rantau ini, kata Presiden Halimah Yacob.



Demikian kata Puan Halimah ketika berucap di majlis pelancaran dua buku sastera yang dihasilkan Perkumpulan Seni semalam, sempena sambutan ulang tahun ke-65 kumpulan itu.



Dalam ucapannya di Perpustakaan Negara petang semalam, beliau berkata:



"Langkah Perkumpulan Seni mengumpul para penulis Singapura untuk menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cerpen dan puisi bukan hanya bermakna tetapi sangat penting bagi masa depan persuratan tanah air kita - ia memberi ruang kepada para penulis muda dan mapan menggilap bakat dan mengisi takungan bakat.



"Langkah ini juga menyumbang kepada usaha pelestarian persuratan Nusantara, apatah lagi dengan peranan bahasa dalam persuratan sebagai wadah yang menatar warisan budaya tidak ketara atau 'intangible cultural heritage'."



Perkumpulan Seni main peranan besar lahirkan golongan penulis pelapis



Dua buku sastera baru, yang diterbitkan Perkumpulan Seni sempena ulang tahun ke-65, adalah dokumen kesusasteraan yang penting bagi merakam warisan sosiobudaya bangsa, kata Puan Halimah.



Kumpulan seni Melayu Singapura itu semalam melancarkan dua buku sastera bertajuk Enigma dan Perjalanan Alang Budiman.



Buku Enigma merupakan antologi pantun dan cerpen yang ditulis oleh lebih 30 penulis Singapura, manakala Perjalanan Alang Budiman adalah koleksi 60 sajak pilihan hasil karya Ketua Dua Perkumpulan Seni, Encik Chairul Fahmy Hussaini.



Puan Halimah, dalam ucapannya di majlis pelancaran petang semalam, berkata kedua-dua naskah itu "menonjolkan resam, budaya pemikiran dan teras kehidupan masyarakat Melayu yang kian berubah - sesuai dengan perkembangan masa dan peredaran zaman".



Justeru, beliau menyatakan dua buku itu "merupakan dokumen kesusasteraan penting yang merakam warisan sosiobudaya bangsa".



Puan Halimah juga ingin Perkumpulan Seni memainkan peranan yang lebih besar dalam melahirkan golongan penulis pelapis yang dapat meneruskan deretan sasterawan hebat setempat.



"Masuri S.N, Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed, Muhammad Ariff Muhd, dan Abdul Ghani Hamid merupakan deretan sasterawan kita yang meninggalkan kesan mendalam kepada dunia sastera nasional dan serantau.



"Kini tiba masanya Perkumpulan Seni untuk memainkan peranan lebih besar bagi melahirkan golongan penulis pelapis yang berbakat untuk memikul gagasan pembangunan negara ke arah dunia baru pasca Covid19," kata Puan Halimah.



Meskipun itu, beliau akur bahawa menghasilkan penulis berbakat di dalam era digital bukan perkara yang mudah.



"Namun untuk maju, harus ada anjakan dari segi daya fikir dan pendekatan agar penulis kita mampu mencapai kejayaan lebih besar lagi bermakna, dari peringkat tempatan dan serantau ke peringkat antarabangsa. Ini harus menjadi iltizam kita," ujarnya.



Beliau menambah penulis masa kini harus berupaya meluaskan jangkauan dan capaian agar karya kreatif mereka dapat diterima dan diminati oleh generasi era digital.



Mereka juga perlu meluaskan daya fikir bagi memastikan karya mereka dapat disesuaikan untuk tatapan generasi milenia dan generasi seterusnya menerusi padanan untuk terbitan di alam digital.



"Tidak dinafikan, YouTube, IG, TikTok, Facebook dan Netflix contohnya, adalah wadah digital bagi penjanaan sumber rezeki.



"Lihat juga bagaimana Netflix menawarkan karya kreatif dalam pelbagai bahasa untuk tontonan dunia, dijelmakan dalam bentuk dokumentari, drama bersiri, dokudrama dan filem, sekali gus mengesahkan kepada kita Bahasa Melayu tidak harus tertumpu pada khalayak berbahasa Melayu sahaja," jelasnya.



Puan Halimah menambah bahawa memanfaatkan saluran dan wadah berbeza bukan sahaja akan meningkatkan tahap pasaran dan populariti karya kreatif Melayu di persada antarabangsa.



"Tetapi lebih penting lagi, (ia) menyemarakkan usaha penggunaan bahasa ibunda agar masyarakat Melayu sendiri tidak canggung dalam memartabat bahasa bangsa," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >