Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan tak senonoh di orientasi varsiti tercela, tidak boleh diterima: Ong Ye Kung

Jul 28, 2016 | 08:52 AM



PERMAINAN tidak senonoh di orientasi universiti, seperti menyuruh mahasiswa berpura-pura pancut ke muka rakan-rakan pelajar, "tercela" dan tidak boleh diterima, kata Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung.



Dalam satu pos Facebook pada Rabu (27 Jul), Encik Ong berkata beliau telah meminta kegiatan orientasi universiti dilaksana dengan cara yang menghormati maruah mahasiswa.



Komen beliau menyusuli laporan akhbar The New Paper baru-baru ini yang mengetengahkan aduan mengenai kegiatan kem orientasi Universiti Nasional Singapura (NUS) semakin bercorak seks.



Laporan itu juga menyatakan antara lain, pelajar disuruh melakonkan adegan rogol.



Encik Ong berkata kegiatan orientasi boleh kreatif dan malah liar, tetapi mesti menghormati maruah manusia.



"Kegiatan boleh dijalankan dengan penuh teliti, kreatif, walaupun liar. Pelajar boleh menolak sempadan Tetapi pada setiap masa, kita mesti menghormati maruah manusia dan ingat tujuan pendidikan universiti," katanya.



Beliau menyifatkan salah satu kegiatan yang mahasiswa terpaksa lalui - berpura-pura pancut ke muka rakan-rakan pelajar - sebagai "tercela".



Encik Ong juga menegaskan bahawa membuat pelajar melakonkan adegan rogol "bukan sahaja mempersendakan penderitaan sebenar mangsa rogol, ia mengenakan penghinaan baru ke atas pelajar perempuan".



"Membantah (terhadap) perbuatan itu tidak ada kena-mengena dengan sikap kolot atau tidak berfikiran terbuka, (tetapi) kena-mengena sepenuhnya dengan menghormati maruah manusia," katanya.



NUS sedang menjalankan siasatan terhadap kegiatan orientasi yang dilaporkan itu dan akan mengambil "tindakan disiplin keras" terhadap mereka yang bertanggungjawab, kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >