Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN PENUH MCI

Kenyataan Menteri mengenai SPH minggu depan

May 07, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah mempertimbangkan dan menyokong cadangan oleh Singapore Press Holdings Limited (SPH Limited)(gambar kiri) untuk menyusun semula dan memindahkan perniagaan medianya (SPH Media) kepada sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG), tertakluk pada persetujuan pemegang saham.



Untuk membantu SPH Media mempercepat transformasi digitalnya dan membina keupayaan untuk masa depan, pemerintah bersedia memberikan sokongan dana kepada CLG itu.



HAKIKAT KEWANGAN PERNIAGAAN MEDIA BERITA CETAKAN GLOBAL



Bilik berita SPH dan penerbitannya dalam empat bahasa rasmi telah menjadi sumber berita yang dipercayai sepanjang sejarah Singapura.



Di tengah-tengah landskap maklumat yang semakin rencam, peranan mereka dalam memberikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai kepada rakyat Singapura lebih penting lagi.



Kepentingan media setempat yang dipercayai telah terbukti lagi-lagi dalam perjuangan Singapura menentang Covid-19.



Menurut kajian YouGov, tujuh dari sepuluh warga Singapura mengatakan bahawa mereka mempercayai laporan media setempat mengenai Covid-19.



Pertumbuhan jangkauan dan pembaca SPH Media yang berterusan mengesahkan bahawa platformnya tetap menjadi sumber berita yang berharga bagi penduduk Singapura.



Namun, industri media cetak global telah terganggu teruk.



Dengan adanya Internet dan media sosial, ia telah mengalami tekanan yang sangat besar dan persaingan untuk mendapatkan perhatian pengguna juga meningkat dengan ketara.



Oleh itu, pendapatan iklan cetak terus menurun sedang pengiklan beralih ke arah pengiklanan digital.



Cabarannya lebih teruk lagi bagi pasaran kecil dengan penembusan internet yang tinggi.



Media cetak tempatan kami telah bergerak secara dalam talian dengan pantas dan berjaya mengumpulkan bilangan pengguna yang lebih tinggi.



Pun begitu, adalah sukar untuk menjadikannya model penjanaan pendapatan yang lumayan kerana di Internet, sebahagian besar maklumat adalah percuma, dan platform seperti Google dan Facebook mendapat bahagian besar pendapatan iklan dalam talian.



Ini adalah masalah struktur yang dihadapi oleh syarikat media di seluruh dunia.



Keupayaan kewangan dan keuntungan media cetak terjejas teruk, satu trend yang diperburuk oleh Covid-19. Ini memberi kesan langsung dan teruk pada kemampuan mempertahankan kualiti kewartawanan.



Prestasi kewangan dan ramalan SPH Media mencerminkan trend sekular ini.



Meskipun jumlah pengedaran kekal kukuh, dengan pengedaran digital meningkat bagi mengimbangi kejatuhan dalam pengedaran cetakan, margin keuntungan telah merosot sejak beberapa tahun.



Di bawah SPH Limited, SPH Media telah mencapai kemajuan menjalankan transformasi bagi era digital.



Tetapi tanggungjawab SPH Limited sebagai sebuah syarikat tersenarai akan menghambat keupayaannya untuk terus melabur dalam perniagaan media, memandangkan ramalan kewangan yang lemah bagi industri.



Untuk memastikan daya maju jangka panjang SPH Media, SPH Limited telah mengusulkan untuk memindahkannya ke CLG yang tidak akan lagi diuruskan oleh atau sebahagian daripada SPH Limited, syarikat tersenarai.



SOKONGAN PEMERINTAH KEPADA PERNIAGAAN MEDIA CETAKAN SETEMPAT



MCI menyokong saranan SPH Limited. Ia adalah dalam kepentingan Singapura dan warga Singapura untuk media setempat terus maju dan menyampaikan kewartawanan yang bermutu.



Selepas SPH Media dipindahkan kepada sebuah CLG, MCI bersedia menyediakan ia dengan sokongan pendanaan untuk membina keupayaan bagi masa depannya.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran berkata:



"Sebuah media berita tempatan yang profesional, berkebolehan dan dihormati adalah kritikal untuk kepentingan nasional. Mereka harus terus diyakini oleh warga Singapura sebagai sumber berita yang boleh dipercayai dan objektif, melaporkan kejadian domestik dan luar negara serta mengenai kepelbagaian pandangan yang dipegang rakyat Singapura.



Mereka melaporkan menerusi lensa warga Singapura, agar warga kita mempunyai pemahaman yang baik tentang peluang dan cabaran dihadapi negara ini, pilihan yang perlu kita buat dan kedudukan kita di dunia.



Justeru, pemerintah menyokong kewartawanan yang berwibawa, bermutu tinggi dalam media berita tempatan kita.



Lembaga SPH dan pengurusan telah merumuskan bahawa model perniagaan media sekarang dalam struktur syarikat tersenarai tidak berdaya maju, memandangkan tren teknologi global dan industri dan perlunya untuk pelaburan signifikan dalam pendigitalan dan pembangunan keupayaan.



Pemerintah bersetuju dengan penilaian ini.



Kami menyokong saranan SPH untuk menyusun semula dan memindahkan SPH Media kepada CLG.



Matlamat kita ialah untuk membantu media berita tempatan dan wartawan kita menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam era digital sementara mengekalkan piawaian profesional tinggi, yang kita hargai dan jangkakan.



Pemerintah juga bersedia menyediakan SPH Media dengan sokongan pendanaan, dengan disiplin fiskal dan kebertanggungjawaban bagi mencapai hasil dalam bidang seperti inovasi digital dan pembangunan keupayaan sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang perniagaan itu.



Penyusunan semula SPH Media ini dan pemerintah masa depan menyokongnya, akan menolong memperkukuhkan SPH Media untuk meneruskan peranannya yang penting dalam bidang media Singapura."



Menteri Perhubungan dan Penerangan akan menyampaikan Kenyataan Peringkat Menteri mengenai hal ini dalam Sidang Parlimen seterusnya pada 10 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >