Kereta M'sia kemalangan di Singapura: Mahkamah putuskan soal liabiliti

SYARIKAT insurans kereta Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Singapura mungkin dikecualikan daripada liabiliti penumpang selepas satu keputusan utama dikelaurpan oleh mahkamah rayuan Malaysia.

Ia menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dalam memutuskan seorang penumpang yang cedera parah di kepala dalam sebuah kemalangan pada 2010 tidak berhak menuntut pampasan daripada syarikat insurans kerana kereta yang didaftarkan di Malaysia itu mempunyai insurans yang tidak meliputi penumpangnya.

Ini walaupun Akta Kenderaan Bermotor (Risiko Pihak Ketiga dan Pampasan) Singapura mewajibkan pemilik kenderaan private mempunyai perlindungan insurans bagi liabiliti penumpang. Malaysia tidak mempunyai undang-undang serupa.

Dalam kes tersebut, Cik Noraini Mohamed cedera parah di kepala selepas kereta yang dipandu suaminya, Encik Iskandar Mohd Nuli, bertembung dengan sebuah lori di Mandai Road. Beliau menyaman suaminya dan pemandu lori itu, Encik Ng Kar Sze, pada 2013, untuk menuntut ganti rugi.

Kes Mahkamah Tinggi Singapura itu dijangka bermula pada Mei.

Sementara itu, syarikat insurans kereta tersebut, AmGeneral Insurance, memohon perisytiharan perlindungan liabiliti. Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan AmGeneral terikat dengan perjanjian Singapura untuk memenuhi liabiliti penumpang, walaupun pemilik kereta itu tidak membayar premium bagi perlindungan tersebut.

AmGeneral merayu terhadap penghakiman tersebut.

Dalam perbicaraan itu, peguam Encik Iskandar, Encik Ariff Rozhan, menarik perhatian pada aturan timbal balik antara Biro Syarikat Insurans Motor Singapura (MIBS) dan rakan serupanya di Malaysia.

Di bawah aturan itu, MIBS dikehendaki membayar sebarang jumlah yang diputuskan mahkamah yang tidak dibayar oleh pemandu kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan insurans yang bertanggungjawab bagi kemalangan di Singapura.

Mahkamah rayuan Malaysia mengakui kes 2013 Mahkamah Tinggi Singapura yang memutuskan sebuah syarikat insurans Malaysia wajib membayar pampasan sekalipun tiada perlindungan insurans. Penghakiman itu memutuskan jika MIBS wajib bayar di bawah aturan dengan rakan serupakanya di Malaysia itu, maka ia kemudian boleh menuntut daripada syarikat insurans dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah rayuan Malaysia itu memutuskan itu "bukan isu dalam rayuan ini". Ia menjelaskan bahawa aturan perjanjian khas itu tidak mengubah hak syarikat insurans dan mengekalkan hak AmGeneral dalam kes Encik Iskandar.

Ini bermakna walaupun AmGeneral membayar MIBS, ia mempunyai hak mendapatkan semula wang itu daripada Encik Iskandar.

Encik Iskandar sedang mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia dan perbicaraan dijadualkan bulan depan.

Difahamkan bahawa penghakiman Malaysia itu bermakna penumpang atau pembonceng yang cedera dalam kenderaan berdaftar di Malaysia di Singapura tidak akan diberi pampasan bagi kecederaan oleh syarikat insurans jika kenderaan itu tidak mempunyai perlindungan insurans bagi liabiliti penumpang.

Hakim Rayuan Malaysia, Encik Vernon Ong, dalam alasan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada Januari, menulis: "Pengeluaran perisytiharan ini akan memenuhi tujuan berguna kerana ia akan menjadi berguna kepada semua pihak itu dan kepada orang ramai."

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.