Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja-kerja bagi projek Lapangan Terbang Changi bakal bermula

Aug 11, 2014 | 02:50 PM



PROJEK peningkatan Lapangan Terbang Changi yang paling besar dan paling mencabar setakat ini bakal bermula.


Kerja-kerja asas bagi landasan ketiga dan Terminal ke-5 akan bermula bulan depan.


Terminal penumpang tersebut, yang akan dibina di atas tanah tambak yang kini terpisah dari lapangan terbang utama oleh jalan Changi Coast Road, akan menjadi terminal Changi yang terbesar, dengan keupayaan untuk menangung sehingga 50 juta penumpang setahun.


Jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT) memberitahu The Straits Times, perancangan penyediaan tanah untuk kerja-kerja pembangunan lapangan terbang itu sudah selesai.


MOT telah memanggil tender untuk melantik kontraktor bagi melakukan kerja sebenar di atas tanah, yang akan bermula tidak lama lagi selepas kontrak itu diberikan bulan depan, katanya.


Ia akan menjadi satu tugas yang berat untuk menyediakan kawasan tanah sebesar 1,000 hektar, lebih kecil daripada premis lapangan terbang sekarang, untuk kerja-kerja pembinaan bermula, terutamanya kerana keadaan tanah adalah lebih sukar daripada yang dijangkakan.


Ini akan melibatkan proses penebangan pokok dan tumbuh-tumbuhan lain di tapak yang sedia ada, mengalihkan jalan Changi Coast Road, mengukuhkan tanah, dan menambah atau membuang tanah untuk meningkatkan atau menurunkan bahagian bawah tapak untuk ketinggian yang diperlukan, kata kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >