Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama 3 pihak lawan barah di daerah North West

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



PENYAKIT barah di kalangan warga Singapura terus meningkat dengan satu daripada empat warga Singapura dijangka menghidap penyakit tersebut sepanjang hayat mereka.



Untuk memerangi penyakit tersebut, Persatuan Barah Singapura (SCS) telah bergabung tenaga dengan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) dan Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS) untuk menentang penyakit barah di daerah North West.



Perkongsian tiga pihak untuk Hari Barah Sedunia ini adalah sebahagian daripada kerjasama jangka panjang antara tiga organisasi barah untuk merapatkan jurang penjagaan dalam kesedaran penyakit barah dan kesinambungan penjagaan penyakit itu di Singapura.



Menganjurkan Karnival Hari Barah Sedunia di Kampung Admiralty semalam, ia bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan keluarga dan orang awam agar mengetahui lebih lanjut tentang kawalan barah dan pencegahan, serta perkhidmatan sokongan barah yang tersedia untuk pesakit, penjaga dan orang yang mereka sayangi.



Turut menghadiri acara tersebut adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam; Pengerusi SCS, Encik Wee Leong How; Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Encik Albert Ching; Pengarah NCIS, Profesor Chng Wee Joo, dan Timbalan Pengerusi dan Perunding Kanan, Bahagian Onkologi Perubatan, NCCS, Profesor Madya Ravindran Kanesvaran.



Mengulas tentang peranan CDC North West, Encik Yam berkata mereka memainkan peranan pendaya, dan telah secara aktif menjalin perkongsian dengan rakan kongsi korporat dan masyarakat untuk membawa pelbagai kepakaran untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan kepada masyarakat.



"Bersama-sama dengan SCS, kami berhasrat untuk memperkasakan masyarakat setempat untuk mengambil alih tanggungjawab kesihatan mereka dan berwaspada kerana penyakit barah terus meningkat, dengan satu daripada empat rakyat Singapura dijangka menghidap penyakit barah sepanjang hayat mereka," katanya.



"Saya percaya lebih banyak boleh dilakukan untuk merapatkan jurang penjagaan penyakit barah dengan melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan pencegahan dan pengetahuan bagaimana untuk menanganinya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >