Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes cabul naik, bentuk 8% jumlah jenayah fizikal

* Lebih separuh pelaku dikenali mangsa * Kes di tempat hiburan awam juga meningkat * Pencabulan dalam pengangkutan awam turut naik
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



KES mencabul mencatatkan kenaikan pada 2022 dan membentuk lapan peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal.



Perangkaan tersebut, yang dikongsi Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam sidang media bagi laporan Taklimat Jenayah Tahunan di kompleks New Phoenix Park pada Khamis, menyaksikan peningkatan kepada 1,610 kes berbanding 1,474 kes pada 2021.



Lebih daripada itu, laporan tersebut menjelaskan bahawa sebahagian besar kes mencabul, iaitu 53.8 peratus atau 938 kes, melibatkan pelaku yang dikenali mangsa.



Kes mencabul yang berlaku di tempat hiburan awam juga meningkat kepada 129, iaitu hampir lebih enam kali ganda berbanding 21 pada 2021.



Ini, menurut SPF, ekoran Singapura berganjak ke norma baru di ambang pasca pandemik.



Di samping itu, kes mencabul yang berlaku di dalam pengangkutan awam juga meningkat daripada 163 kes pada 2021 kepada 178 kes pada 2022.



Ini sejajar dengan penggunaan pengangkutan awam yang meningkat tatkala sekatan pandemik dilonggarkan - dalam laporan yang didedahkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) baru-baru ini, purata 6.39 juta penumpang menaiki bas dan MRT dalam sehari pada 2022, iaitu 22 peratus lebih tinggi berbanding 2021.



Meskipun demikian, perangkaan bagi kes mencabul kekal lebih rendah daripada sebelum pandemik, di mana 1,632 kes dicatatkan pada 2019.



SPF menggesa agar mangsa kes mencabul "membuat laporan polis dengan segera" kerana dengan melaporkan hal sedemikian awal, ia dapat membantu pihak polis mengesan dan menangkap si pelaku.



Lantaran itu, SPF akan mempergiatkan lagi pendekatan dan inisiatif supaya landskap tempat hiburan awam lebih selamat bagi pelanggan dan pengendali tempat hiburan.



Antara pendekatan yang sudah dilakukan adalah kempen untuk mengingatkan orang awam bahawa keselamatan di tempat hiburan adalah tanggungjawab bersama.



Di samping itu, ia juga berkongsi bahawa SPF akan bekerja rapat dengan pengendali pengangkutan awam, termasuk Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), untuk meningkatkan kesedaran terhadap pengguna.



Misalnya pada Oktober 2022, sebuah video pendidikan awam baru telah dilancarkan dan ditayangkan di stesen MRT berkenaan pencabulan.



Tambahan juga, SPF turut berkongsi bahawa kes kecurian barangan kedai meningkat kepada 3,244 pada 2022 berbanding 2,652 pada 2021, lantas membentuk 16.1 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal.



Sebahagian besar kes kecurian barangan kedai, iaitu 67 peratus, berlaku di rantaian runcit seperti kedai runcit, farmasi dan kedai serbaneka.



Oleh demikian, SPF akan meningkatkan dan mengukuhkan lagi usaha bagi bekerjasama dengan pihak runcit - misalnya program Kesedaran Kecurian Kedai untuk Peruncit (Star) bagi menganalisis faktor risiko dan kelemahan kedai terhadap kecurian menggunakan pendekatan dipacu data.



Ia pertama kali dilancarkan pada 2018 dan sejak itu disertai lebih 50 peruncit seperti Tangs, Watsons, Puma, dan Japan Home di VivoCity dan Harbourfront Centre.



SPF juga mengadakan simposium bagi pihak runcit pada Disember 2022 untuk memudahkan perkongsian amalan terbaik dalam mengekang kecurian barang kedai.



Dalam pada itu, laporan yang dikongsi SPF itu turut menyatakan kes mengintai atau voyeurisme mencatatkan penurunan daripada 467 kes pada 2021 kepada 424 pada 2022.



Ia membentuk 2.1 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal, yang mana tiga lokasi teratas yang sering kes mengintai berlaku adalah di tapak kediaman, pengangkutan awam dan kompleks membeli-belah.



Menurut SPF, kes-kes mengintai sedemikian melibatkan pelaku yang mengenali mangsa, misalnya rakan sebilik atau penyewa yang mengintai di dalam tandas.



Manakala bagi pengangkutan awam pula, si pelaku biasanya memetik gambar bawah skirt mangsa.



SPF menggesa masyarakat awam supaya peka dengan keadaan sekeliling dan membuat laporan segera jika mereka menjadi mangsa atau menjadi saksi kejadian serupa.



Pengarah bertindak operasi SPF, Penolong Pesuruhjaya (AC) Gregory Tan, menggesa agar orang ramai tidak mengambil pendekatan sambil lewa terhadap keselamatan.



"Di sebalik persekitaran kita yang selamat, saya menyeru masyarakat awam untuk tidak mengambil lewa keselamatan dengan kekal berwaspada dan mengambil langkah pencegahan jenayah," tambah AC Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >