Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes keadaan kerja tidak selamat: 2 firma didenda, diperintah hentikan kerja

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



DUA syarikat didenda dan diberikan perintah hentikan pekerjaan selepas keadaan bekerja tidak selamat ditemui di tapak kerja masing-masing, sedang Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mempertingkat langkah penguatkuasaan menyusuli tambahan kes kematian di tempat kerja.



Dalam satu hantaran Facebook semalam tentang amalan tidak selamat oleh syarikat yang melanggar peraturan dalam hasil pemeriksaan baru-baru ini, MOM berkata CAD Associates didenda $21,000 manakala KHC Development pula didenda $20,000.



Bagi memastikan mereka tidak lagi tertakluk pada perintah hentikan kerja yang dikenakan, MOM berkata dua syarikat ini harus memperbetulkan semua kondisi kerja tidak selamat, mendapatkan juruaudit pihak ketiga untuk menilai sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membangun pelan bertindak mengenai penemuan audit.



Mereka juga harus memasang kamera televisyen litar tertutup di tempat di mana kegiatan berisiko tinggi dijalankan, tambah MOM.



Pengarah Inspektorat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MOM, Encik Sebastian Tan, berkata:



"Keadaan di dua tapak kerja ini dahsyat dan tidak boleh diterima. Pekerja kita tidak harus berdepan dengan bahaya yang akan berlaku di mana mereka berisiko jatuh daripada tempat tinggi atau mempunyai bahan yang menimpa mereka.



"Sedang kegiatan binaan kembali aktif, pihak kontraktor harus mempertingkat usaha memastikan tapak kerja kita selamat untuk pekerja kita."



Sebanyak tujuh foto yang menggambarkan amalan tidak selamat di kededua tapak kerja dilampirkan dalam hantaran Facebook itu.



Salah satu foto yang dirakam di tapak kerja KHC Development menunjukkan seorang pekerja sedang membangun acuan sementara yang digunakan untuk tuangan struktur konkrit pada satu ketinggian bahaya tanpa jaringan.



Satu lagi foto menunjukkan kawasan kerja yang ditinggikan di CAD Associates tanpa perintang dipasang. Tangga juga silap digunakan bagi memberi akses kepada pekerja melintasi ruang itu.



Pengarah projek di CAD Associates, Encik Desmond Teo, memberitahu akhbar The Straits Times, kerja telah dihentikan pihaknya di lokasi hartanah privet setinggi tiga setengah tingkat sejak awal Julai.



"Kami sedang melakukan pembetulan yang diperlukan dan bekerjasama dengan MOM bagi memenuhi keperluan mereka, tetapi bangunan ini akan mengambil masa tambahan lagi setengah tahun lagi untuk dibereskan," katanya sambil menambah projek lain firma itu tidak terjejas.



Menurutnya lagi, pihaknya telah menggajikan penyelia keselamatan sepenuh masa, juruaudit keselamatan profesional dan pegawai keselamatan dan kesihatan tempat kerja untuk memperbaiki keadaan di tapak kerja itu.



KHC Development pula enggan mengulas ketika dihubungi.



Bagi melaporkan amalan kerja tidak selamat, orang awam dinasihati untuk melungsuri laman beralamat mom.gov.sg/report-wsh-issues atau hubungi talian 6438-5122.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >