Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kemalangan di Pusat Pemeriksaan Tuas: Polis berkas lelaki dipercayai pemandu mabuk

Mar 24, 2023 | 05:19 PM



POLIS telah menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 42 tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk dan secara bahaya hingga  menyebabkan kecederaan teruk ke atas seorang pegawai polis tambahan (APO) yang bertugas. 



Kemalangan itu berlaku di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 24 Mac.



Siasatan awal menunjukkan, pemandu itu memandu dengan laju semasa menaiki jejambat menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas.



Dia dikatakan hilang kawalan kenderaannya sehingga merempuh Pusat Pemerhatian (OP), menyebabkan keretanya terbalik dan melanggar pegawai polis dari syarikat Certis yang sedang bertugas.



Menurut Certis, pegawai tersebut adalah warga Singapura berbangsa Cina berusia 28 tahun. Dia kini menjalani rawatan intensif dan telah menjalani pembedahan. 



Pasukan Pihak Pertama Bertindak (FRT) Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan yang diperlukan dan mengepung tapak insiden. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Polis Trafik (TP) turut dikerahkan.



Pegawai itu mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan tidak sedarkan diri, manakala pemandu tersebut mengalami luka.



Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH). ICA dan Certis sedang berhubung dengan ahli keluarga pegawai untuk memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan.



Siasatan polis sedang dijalankan. Kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah dirampas dan lesen memandu pemandu digantung berkuat kuasa serta-merta.



Kesalahan memandu berbahaya menyebabkan kecederaan parah di bawah Seksyen 64 (1) (2A) Akta Trafik Jalan Raya 1961 membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun; dan jika orang itu adalah pesalah berulang, dia akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun.



Pesalah juga boleh kehilangan kelayakan memandu semua kelas kenderaan.



Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di bawah Seksyen 67(1) Akta Trafik Jalan Raya 1961 membawa hukuman denda tidak kurang daripada $2,000 dan tidak lebih daripada $10,000, serta penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali dan, dalam kes sabitan kali kedua atau seterusnya, pesalah akan dikenakan denda tidak kurang daripada $5,000 dan tidak lebih daripada $20,000, dan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.



Pesalah juga boleh kehilangan kelayakan memandu semua kelas kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >