Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Khidmat Mahkamah Syariah terus ditingkat demi kukuh keluarga Muslim

Nov 24, 2023 | 06:30 PM



Mahkamah Syariah Singapura akan terus mendakap transformasi digital, meningkatkan proses mahkamah dan membina keupayaan demi mengukuhkan keluarga Muslim.

Usaha itu adalah sebahagian rancangan Mahkamah Syariah melangkah ke hadapan, kata Presiden Kanannya, Cik Guy Ghazali.

Berkongsi demikian sempena Persidangan Mahkamah Syariah 65 yang dianjurkan pada Jumaat, beliau berkata:

“Dalam tahun-tahun akan datang, Mahkamah Syariah akan meneruskan perjalanan transformasi digitalnya, meningkatkan proses mahkamah dan membina keupayaan demi mengukuh keluarga Muslim di Singapura, mengekalkan hubungan kekeluargaan dan melindungi kesejahteraan anak-anak.”

“Saya percaya kami telah mencapai kemajuan yang ketara, namun, masih ada ruang yang masih dalam fasa pembangunan dan perlukan masa untuk bersedia sepenuhnya.

“Kami berusaha ke arah mencapai pariti perkhidmatan... sejajar dengan mahkamah sivil, untuk keluarga Muslim,” ujar Cik Guy.

Turut menyentuh usaha berterusan Mahkamah Syariah saban tahun, Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang hadir semasa acara pada Jumaat itu berkata ciri-ciri Keadilan Terapeutik diselitkan ke dalam proses penceraian.

Keadilan Terapeutik ialah pendekatan yang digunakan para hakim dalam keadilan keluarga, di mana jalan penyelesaian terbaik bagi keluarga diambil, dan bukannya mencari kesalahan antara pihak berbeza.

Beliau memberi contoh cara ini dilakukan termasuk pendekatan yang dipimpin hakam, pelbagai program yang diperkenal untuk mengurangkan ketegangan, dan pendekatan mengutamakan kanak-kanak.

Pendekatan yang dipimpin oleh hakim membantu mengurus pertikaian dan membimbing pasangan yang hendak bercerai dalam mencapai penyelesaian.

Dalam mengukuhkan pendekatan ini, pindaan perundangan telah dilakukan selama ini.

Sementara itu, pendekatan mengutamakan kanak-kanak melalui komunikasi berkesan bagi membolehkan kebimbangan mereka dibincangkan dan suara mereka didengari.

Pendekatan ini membenarkan Mahkamah Syariah melakukan susunan yang lebih tahan lama berkaitan dengan kanak-kanak.

Pelbagai program juga diterapkan dalam proses Mahkamah Syariah dalam mengurangkan ketegangan dan menggalakkan pemulihan.

Program ini termasuk pengantaraan selepas bercerai yang diperkenalkan pada 1999, Rangka Kerja Latihan dan Penilaian H.I.K.M.A.H (Hakam’s Ideals: Knowledge, Methodology, Application, Heart) atau ‘Cita-cita Hakam: Ilmu, Metodologi, Pengguna, Hati’ yang dilancarkan pada Mac 2023.

Ia menyokong para hakam menjalankan tugas mereka dengan lebih baik, serta program untuk membantu pihak terlibat dan kanak-kanak bawah umur yang terjejas dari segi emosi akibat perceraian ibu bapa.

“Diambil secara kesemuanya, inisiatif Mahkamah Syariah telah membantu banyak keluarga Islam memelihara hubungan kekeluargaan meskipun hubungan pasangan rapuh... Saya amat terharu bagaimana Mahkamah Syariah dan inisiatifnya telah membantu mengukuhkan keluarga Islam,” kata Cik Rahayu.

Selain itu, usaha pendigitalan merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan perkhidmatan Mahkamah Syariah, ujar Cik Rahayu.

“Usaha pendigitalan ini membawa kemudahan yang lebih besar kepada pihak-pihak dan meningkatkan kecekapan serta akses kepada keadilan,” tambah beliau.

Presiden Mahkamah Syariah, Ustazah Raihanah Halid, ketika bertemu media, menjelaskan bahawa usaha pendigitalan Mahkamah Syariah dimulakan pasca pandemik Covid-19.

Pendigitalan perkhidmatan telah dijalankan dalam dua fasa dari 2019 hingga 2022.

Modul pewarisan untuk sistem e-pemfailan telah dilancarkan pada April 2021 manakala modul perceraian dilancarkan pada November 2022.

Ustazah Raihanah berkata: “Tujuan proses ini adalah memudahkan pengguna mahkamah, supaya mereka tidak lagi perlu datang ke Mahkamah Syariah.

“Mereka boleh mendapatkan khidmat seperti memfailkan dokumen ataupun menghantar borang secara dalam talian.”

Persidangan dan Acara Ulang Tahun Mahkamah Syariah 65 telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands dengan dihadiri seramai 150 pihak berkepentingan termasuk peguam, profesional perkhidmatan sosial dan asatizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >