Kian ramai kanak-kanak pergi berjumpa kenalan dalam talian

KANAK-KANAK dan remaja kini bukan sahaja bersembang dalam talian bersama orang tidak dikenali, malah pergi berjumpa mereka.

Satu tinjauan ke 2,500 murid sekolah rendah atas dan pelajar sekolah menengah mendapati satu pertiga daripada pelajar itu dan 10 peratus daripada murid tersebut berjumpa seseorang yang baru kali pertama mereka kenali dalam dalam talian setahun lalu.

Kira-kira satu pertiga daripada pelajar yang berjumpa orang yang baru dikenali dalam talian menilai pertemuan itu sebagai sedikit atau sangat tidak menyenangkan.

Ini bererti mereka akan berfikir dua kali sebelum pergi berjumpa orang itu lagi atau tidak akan memenuinya kali kedua, kerana perkara-perkara negatif telah berlaku.

Tinjauan itu dijalankan oleh sebuah kumpulan kebajikan sukarela yang mengajar keselamatan Internet, Kesejahteraan Siber Touch, dari Januari hingga Mei lalu bagi lebih memahami tingkah laku dalam talian golongan muda, terutamanya dalam soal berkawan dalam talian dengan orang tidak dikenali.

Akhbar The Straits Times melaporkan pengurus di kumpulan itu, Encik Chong Ee Jay, berkata: "Kami tidak meminta mereka menyatakan mengapa ia (pertemuan itu) tidak menyenangkan kerana sebahagian daripada mereka mungkin tidak selesa berkongsi mengenainya, tetapi secara anekdot, kami mendengar kes buli, penipuan dan pemangsa seksual."

Touch mengumpul data tentang isu itu kerana terdapat beberapa kes yang dilaporkan dalam berita tentang kawan dalam talian yang sebenarnya pemangsa seks kanak-kanak.

Dalam kes penderaan seksual budak lelaki paling teruk di Singapura setakat ini, seorang jurutera Malaysia berusia 31 tahun dihukum penjara 30 tahun dan sebat maksimum 24 kali Mac lalu kerana serangan seksual terhadap 31 budak lelaki, ada semuda 11 tahun, yang dikenalinya dalam talian.

Dia menggunakan identiti berbeza untuk berbaik-baik dengan budak lelaki di Facebook.

Pakar media digital dan kaunselor mengatakan sedang kanak-kanak sekarang lebih bijak dari segi sosial, mereka perlu bimbingan lanjut mengenai melindungi diri mereka di dalam talian dan luar talian kerana semakin ramai anak muda membawa hubungan itu hingga ke luar skrin.

Tinjauan Touch menunjukkan alasan utama anak muda pergi berjumpa kawan dalam talian ialah ingin berkawan, sementara alasan kedua paling utama ialah ingin membeli sesuatu dalam talian.

Dua platform yang paling digunakan mereka untuk berkenalan dengan orang yang akhirnya mereka pergi berjumpa ialah Facebook dan pasaran dalam talian Carousell.

Wadah lain ialah permainan dalam talian, Instagram atau Twitter.

"Murid sekolah rendah atas mudah terpengaruh dan mungkin tidak dapat membezakan dengan cukup baik untuk melindungi diri mereka," kata Encik Chong.

Beliau pernah mengendalikan kes orang yang pergi berjumpa kanak-kanak atau remaja itu tidak sepadan dengan penerangan yang diberi atau gambar profil dalam talian.

Orang-orang itu boleh menjadi pemangsa seksual atau penipu yang mahu menipu dengan mengambil barang yang hendak dijual tanpa membayar.

Dalam kes lain, sekumpulan orang, dan bukan seorang, datang berjumpa pelajar atau remaja itu untuk membulinya dan memeras wang daripadanya.

Encik Chong berkata berjumpa rakan dalam talian telah menjadi kebiasaan sekarang, oleh itu lebih baik bagi guru dan ibu bapa membimbing anak muda daripada memaksa mereka berhenti berjumpa.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.